Thu09212017

Last updateTue, 12 Sep 2017 9am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

Filter
  • PERTANDINGAN TEMPIN BOWLING DAN LAWN BALL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

    Pertandingan Tenpin Bowling dan Lawn Ball Smepena Sambutan hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2017 telah diadakan pada 6 hingga 7 Mei 2017.  Program yang berlangsung ini adalah di bawah kelolaan Sekolah Antarabangsa Labuan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pengelola Rekriasi dan Khidmat Masyarakat Sambutan Hari Guru Peringkat W.P. Labuan Tahun 2017.

     

    Pertandingan Bowling Padang atau Lawn Ball  telah diadakan pada 6 Mei 2017 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Lawn Ball, Kompleks Sukan Air , Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Pengemaskinian Maklumat Bagi Graduan Pendidikan Keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dan Universiti Awam Mengikut Program

     

     

    PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN UNIVERSITI AWAM MENGIKUT PROGRAM SEPERTI BERIKUT:

     

    1. GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) KELUARAN IPGM TAHUN 2015 
    2. GRADUAN PROGRAM DPLI PPC KELUARAN IPGM TAHUN 2015 
    3. GRADUAN PROGRAM KEMBAR PERKHIDMATAN KELUARAN IPGM TAHUN 2015 
    4. GRADUAN JQAF KELUARAN IPGM TAHUN 2015 
    5. GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) KELUARAN UA TAHUN 2014 DAN 2015 
    6. CALON SIMPANAN ISMP KELUARAN TAHUN 2014 
    7. CALON SIMPANAN DPLI-GSTT AMBILAN KHAS 
    8. CALON DPLI-GSTT AMBILAN KHAS YANG TELAH DIPERAKU LANTIKAN TETAP 
    9. CALON J-QAF YANG BERTUKAR STATUS DARIPADA DIPERAKU BERSYARAT KEPADA DIPERAKU LANTIKAN TETAP 
    10. CALON GST YANG TELAH DIPERAKU LANTIKAN TETAP 

     

    Sukacita dimaklumkan bahawa graduan/calon bagi kategori di atas boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat  egraduan.moe.gov.my bermula pada 1 Disember 2015 sehingga 20 Disember 2015.

     

     

     

  • Penyiaran Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Di Laman Sesawang Jabatan Pendidikan Negeri

    Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
    (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)
     
    Sebarang pertanyaan sila hubungi :
    Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor
    Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : penguatkuasaan@moe.gov.my

     

    Muat Turun
    SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR BAGI BULAN OKT-NOV 2015
  • Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2015

    Bilangan calon UPSR tahun 2015 yang mendapat pencapaian cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki (5A/7A) pada tahun 2015, adalah seramai 65 orang iaitu 5.21% berbanding 44 orang iaitu 3.42% tahun 2014, peningkatan sebanyak 1.79%.

    Berasaskan kepada pencapaian Tahap Penguasaan Minimum sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran, prestasi UPSR 2015 bagi semua jenis sekolah di W.P. Labuan mencatatkan kelulusan sebanyak 57.02% berbanding 56.58% tahun 2014, peningkatan sebanyak 0.44%

    Syabas dan tahniah kepada ibu bapa, Guru Besar, dan guru-guru sekolah yang terlibat mendidik mereka.Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi oleh guru-guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, pelajar,Persatuan Ibu Bapa dan Guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa, komuniti dan juga pihak Kementerian Pendidikan. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecermerlangan ini. Semoga kejayaan mereka menjadi pendorong kepada murid-murid lain untuk mencipta kecemerlangan yang sama di masa akan datang.Syabas dan tahniah sekali lagi!

    LABUAN HEBAT!!!

  • Makluman Pertukaran Pengarah Baharu Jabatan Pendidikan W.P Labuan

    Tahniah kepada Ybhg. Pn Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan JPWPL kerana telah berjaya dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengarah Khidmat Latihan IAB, Bandar Enstek, Negeri Sembilan berkuatkuasa 1 November 2015. Warga pendidikan Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada beliau kerana telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan tersebut. Pihak JPWPL dan seluruh warga pendidikan di Labuan juga turut merasa kehilangan beliau yang disifatkan begitu komited dan berwibawa dalam memacu pendidikan Labuan ke peringkat yang lebih cemerlang. Seluruh warga pendidikan Labuan merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

    Nota serah tugas bertukar tangan daripada YBhg Pn Mistrine Binti Radin (mantan Pengarah JPWPL) kepada Pengarah Pendidikan JPWPL yang baharu iaitu YBhg Tuan Raisin bin Saidin (mantan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah). Majlis ringkas sesi suai kenal ini telah diadakan pada 4/11/2015 jam 9.00 pagi dan bertempat di bilik mesyuarat botanikal. Majlis telah dihadiri oleh barisan kepimpinan JPWPL yang terdiri daripada Ketua-Ketua Sektor,Ketua Penolong Pengarah BTPN, Ketua-ketua Unit Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Seluruh warga pendidikan di Labuan mengucapkan selamat datang kepada Pengarah JPWPL yang baharu dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah JPWPL, Puan Mistirine Radin atas segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Labuan.



     

  • Kajian Kepuasan Hati Pelanggan Berkenaan Akses Kepada Aplikasi Hrmis Daripada September 2015 Sehingga Kini

    SOAL SELIDIK BAGI KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI

    “Pada tahun 2015, pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) & Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat sekolah melalui sistem HRMIS. Kemuncak pelaksanaan tersebut bermula pada September 2015 sehingga kini didapati banyak aduan dari kakitangan sekolah berkenaan masalah akses kepada sistem HRMIS. Untuk makluman, masalah akses kepada sistem HRMIS boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari peringkat pengguna sistem sehingga aplikasi HRMIS. Faktor-faktor seperti masalah infrastruktur atau talian yang digunakan diperingkat sekolah, kediaman, dan lain-lain tempat, masalah peranti atau peralatan ICT yang digunakan dan waktu puncak akses kepada aplikasi HRMIS menyumbang kepada gangguan akses secara keseluruhan.

    Sehubungan itu, soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah akses kepada sistem HRMIS bagi membolehkan penambahbaikan segera ke atas masalah tersebut dapat dilakukan oleh pihak yang berkaitan untuk menjamin keselesaan penggunaan.

    Bagi kajian ini, responden adalah daripada kakitangan sekolah dengan mengambil kira pengalaman akses (user experience) kepada aplikasi HRMIS bermula pada September 2015 sehingga kini.

    ” Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik tersebut melalui pautan seperti berikut:

    https://docs.google.com/forms/d/163aDRVWZTH19jSRub0SQixG1vyYTA7f_3a31Fq4Ir8c/viewform?usp=send_form

    [Perhatian : Pautan kaji selidik akan diaktifkan mulai 27 Oktober 2015 hingga 06 November 2015]

    Sekian, terima kasih

     

    URUS SETIA HRMIS KPM  hrmis@moe.gov.my | | meja bantuan: 03-8884 7836

  • Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia 2016

    Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.

    Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

    Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

     

    BIL

    ASRAMA 1MALAYSIA

    NAMA SEKOLAH

    1

     

    A1M KUALA LUMPUR

    SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR

    (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

    LELAKI SAHAJA

    SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR

    (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

    LELAKI SAHAJA

    SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR

    (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

    LELAKI SAHAJA

    SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR

    LELAKI SAHAJA

    2

    A1M JOHOR

    SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

    PEREMPUAN SAHAJA

    3

    A1M SABAH

    SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH

    LELAKI & PEREMPUAN

    4

    A1M SARAWAK

    KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK

    LELAKI & PEREMPUAN

     

    Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.

    Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.

    Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.

     

    Pautan khas : http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH

     

    Sila muat turun borang dan brosur seperti lampiran di bawah :-

     

    Muat Turun
    Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Program Asrama 1Malaysia
    Brosur A1M

    Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat

  • Program Kecergasan 2015 Sempena Hari Sukan Negara KPM Peringkat Kebangsaan

     

  • Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2016

    Dimaklumkan bahawa Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 telah disediakan untuk rujukan awam.

     

    Muat Turun

    Format Mata Pelajaran Bahasa
    Format Mata Pelajaran Matematik
    Format Mata Pelajaran Sains
    Bahasa Melayu
    Bahasa Inggeris
    Bahasa Cina
    Bahasa Tamil
    Matematik SK
    Matematik SJKC
    Matematik SJKT
    Sains SK
    Sains SJKC
    Sains SJKT

     

     

    Diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan

  • Kenyataan Media Tindakan Menangani Isu Jerebu Di Sekolah

    KENYATAAN MEDIA

    TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH

     

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berterusan memantau status terkini bacaan IPU berkaitan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini. Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 pula sekolah-sekolah perlu ditutup.

     

    Pada 15 September 2015 (Selasa), sebanyak lima buah negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka telah diminta menutup sekolah kerana bacaan IPU di negeri-negeri berkenaan menunjukkan bacaan yang sangat tidak sihat.

     

    Setelah meneliti bacaan IPU di seluruh negara sehingga jam 4 petang pada 16 September 2015, maka KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk 5 buah negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok iaitu 17 September 2015. Walau bagaimana pun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib, serta boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan tersebut.

     

    Dalam hal ini, KPM juga ingin mengingatkan para ibu bapa bahawa sekiranya mendapati kesihatan anak-anak mereka terjejas akibat jerebu khususnya bagi anak-anak yang ada masalah pernafasan maka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah, dan perlu memaklumkannya kepada pihak sekolah.

     

    Terima kasih.

     

     

     

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    16 September  2015

     

    -----------------------------------------------------------

     

     

     

     

     

    LAMPIRAN

     

     

     

    DATA BACAAN IPU KAWASAN MELEBIHI 100

    SEHINGGA JAM 4.00 PETANG PADA 16 SEPTEMBER 2015

     

     

    BACAAN IPU >150

     

    Seri Aman, Sarawak 155

    Kuching, Sarawak 153

    Samarahan, Sarawak 153

     

     

    BACAAN IPU <150

     

    Melaka 111

    Bkt Rambai, Melaka 104

    Balok Baru, Kuantan 106

    Tawau, Sabah 111

    Kapit, Sarawak 121

    Sibu, Sarawak 131

    Sarikei, Sarawak 138

    Paka, Terengganu 105

    Kemaman, Terengganu 104

  • Kenyataan Akhbar Berkaitan Penjagaan Murid Semasa Fenomena

     

    KENYATAAN AKHBAR

    BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA

     

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini bacaan IPU kawasan-kawasan yang bacaannya melebihi 100. Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa  murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan.

    Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 sekolah-sekolah perlu ditutup. Pihak Guru Besar dan Pengetua perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

    Semua Guru Besar dan Pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my). Pihak pentadbir sekolah perlu akur kepada Surat Siaran yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 (Rujukan: KP/KPPM/7/(18)) dan juga surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas ( yang telah dikeluarkan pada 26 Februari 2014 (Rujukan: KP(BPSH-SPDK)201/005/02Jld.5 (31) yang masih berkuatkuasa.

     

     

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    14 September  2015

  • Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam

     

    Muat turun salinan "Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam" di bawah.

     

    Muat Turun
    PENERBITAN MEDIA SOSIAL

     

     

     

  • Kenyataan Media Penangguhan Pelaksanaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Syarat Wajib Lulus Dan Peperiksaan Pusat Amali Sains Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016

     
    KENYATAAN MEDIA  
    PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS 
    SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS  
    BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016
        
    Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016. Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.  
     
    Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi.  
     
    Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawai yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan.  
     
    Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini.    
     
     
    Lembaga Peperiksaan Kementerian 
    Pendidikan Malaysia    
    Ogos 2015 

     

    Muat Turun
    Kenyataan Media BI & Amali Sains SPM 2016
  • Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Bil.2/2015 Bagi Sekolah Menengah Harian

    Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BIL.2/2015 BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 01/08/2015

  • Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap/ Diperaku Bersyarat Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

    PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH DIPERAKU LANTIKAN TETAP/ DIPERAKU BERSYARAT OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) SEPERTI BERIKUT :

    1. CALON ISMP DAN B.ED BERKEMBAR KELUARAN TAHUN 2014 SERTA CALON YANG DITEMU DUGA SEMULA DAN DIPERAKU LANTIKAN TETAP

    2. CALON J-QAF YANG BERTUKAR STATUS DARIPADA DIPERAKU BERSYARAT KEPADA DIPERAKU LANTIKAN TETAP

    Sukacita dimaklumkan bahawa bagi calon kategori di atas boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah.

    Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi dua kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

     

     

     

  • Iklan Jawatan Kosong Guru International Baccalaureate Diploma Program (IBDP)

    Bidang :

    a.  Matematik (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak

    b.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

    c.  Visual Arts – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

     

    Syarat Lantikan :

    1.  Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

    2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia

    3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

     

    SYARAT-SYARAT UMUM

     

    A. TARAF JAWATAN

    a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.

     

    B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN

    Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.

    Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.

     

    C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

    Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

     

    D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

    Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

     

    CARA-CARA MEMOHON:

    Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-

     

    PENGARAH
    BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
    DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
    ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR 

     

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

    26 Julai 2015 

     

    KEPUTUSAN :

    Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

     

     

     

  • Semakan Keputusan Rayuan Murid Ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015

    Sukacita dimaklumkanbahawa Semakan Keputusan Rayuan Murid Ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015 boleh disemak mulai 23 Jun 2015 jam 12 .01 pagi  sehingga 1 Julai 2015 jam 11.59 malam. Sebarang pertanyaan  sila layari laman sesawang www.moe.gov.my.

     

     

     

     

     

     

  • Kursus I-Think Secara Luar Talian 2015

    Bahan kursus luar talian bagi i-THINK 2015 boleh dimuat turun mulai 16 Jun 2015. Pengguna harus juga mempunyai pelayan web IE versi 10 dan ke atas apabila menggunakan bahan ini. Sila klik di pautan ini : http://www.moe.gov.my/v/ithink

     

     

     

  • Semakan Tawaran Calon Jaya Rayuan Keprogram Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015 / 2016

    Sukacita dimaklumkanbahawa Tawaran Calon Jaya Rayuan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016  boleh disemakmulai 6 Jun 2015 jam 10 pagi  sehingga 10/6/2015 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila hubungi  Bahagian Matrikulasi di talian atau layari laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my/

     

     

     

     

  • Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2016

    Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2016  boleh dibuat mulai 26 Mei 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 5 September 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila hubungi 03-88721620 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my.

  • Bantuan Pengajian Guru Prasekolah Swasta

    Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0)

    Bantuan pengajian kepada guru prasekolah swasta yang sedang berkhidmat di mana-maan tadika swasta dan sedang melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Prasekolah secara sepenuh masa / separuh masa / jarak jauh dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

     

    Syarat dan Kelayakan Asas

     

    1. Warganegara Malaysia
    2. Guru prasekolah swasta yang berkhidmat di tadika swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
    3. Sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Prasekolah
    4. Telah mendapat tempat daripada mana-mana institusi pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak /Prasekolah yang diiktiraf MQA dan tersenarai dalam laman sesawang KPM.
    5. Mendapat minimum PNG/PNGK 2.5 dan disahkan oleh senat institusi pengajian untuk tahun pengajian sebelumnya.
    6. Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran di institusi.
    7. Mempunyai Permit Mengajar yang masih sah.

     

    Keutamaan

     

    1. Mempunyai pengalaman mengajar minimum 1 tahun sebagai guru prasekolah swasta,
    2. Telah mengikuti dan LULUS Kursus Sijil Latihan Guru Prasekolah Swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
    Nilai dan Jangka Masa Bantuan
    1. RM1,000.00 setahun selama tiga tahun atau mengikut baki tahun pengajian seperti tertera dalam surat tawaran.
    2. Kelayakan bantuan tidak termasuk jangka masa penangguhan pengajian.
     

     

    Cara Mengemukakan Permohonan

     

    1. Borang permohonan (Borang BPG1(Pin 2015)) boleh dimuat turun dalam laman sesawang KPM, iaitu http://www.moe.gov.my atau smpk.moe.gov.my atau diperoleh di Jabatan Palajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
    2. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan untuk tempoh satu tahun pengajian.
    3. Permohonan hendaklah dibuat setiap tahun
    4. Pemohon perlu menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan Gred 41 dan ke atas iaitu;
    a) Kad pengenalan;
    b) Permit mengajar;
    c) Surat tawaran pengajian daripada institusi;
    d) Transkrip akademik Purata Mata Gred (PNG) atau Purata Mata Gred Terkumpul (PNGK) bagi semester terkini;
    e) Buku bank/Penyata bank memaparkan nombor akaun pemohon; dan
    f) Surat Aku Janji (Borang BPG2) yang telah ditandatangani pemohon.

     

    5. Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dikemukakan MELALUI institusi pengajian masing-masing kepada;
    Bahagian Pendidikan Swasta
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
    62604 Putrajaya.

     

    6. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Arzemi bin Mahadi melalui talian 0388849515 atau e-mel norarzemi.mahadi@moe.gov.my / ar.arzemi@gmail.com atau Pn. Ainol Mardhiah bt. Mohd Khalid melalui talian 0388849521 atau e-mel ainolmardhiah51@gmail.com

     

    7.Tarikh Tutup Permohonan
    Permohonan yang telah lengkap hendaklah samapai ke Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 30 September 2015.

     

    Untuk maklumat lanjut, sila muat turun butiran-butiran di bawah.

     

    Muat Turun
    AKU JANJI
    BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN
    PANDUAN

     

     

     

     

  • Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2015

    PENGENALAN

    Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 hingga 2015 di bawah Strategi 3 iaitu ‘Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam Pelbagai Disiplin Ilmu’. ATABM merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2015 yang dijadualkan bulan Oktober 2015.

    Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, tiga orang telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu iaitu:

    i.  YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar (2012)
        Professor Kesusasteraan dan Ombudsman
        Universiti Sains Malaysia

    ii. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman (2013)
        Professor Fizik
        Universiti Kebangsaan Malaysia

    iii. YBhg. Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin (2014)
        Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
        Universiti Kebangsaan Malaysia

    SYARAT UMUM

    1. Permohonan ATABM dibuka hanya kepada warganegara Malaysia;
    2. Permohonan ATABM terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Institusi Pendidikan Guru, Institusi Aminuddin Baki, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional sepanjang tahun atau sebahagian dari tahun yang dinilai; dan
    3. Permohonan ATABM terbuka kepada semua ahli akademik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif sepanjang tempoh perkhidmatan.

    PERATURAN

    1. Permohonan hendaklah menggunakan format borang permohonan yang telah disediakan. Sebarang permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai.
    2. Maklumat lengkap dan borang permohonan ATABM boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/atabm.
    3. Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif perlu disertakan.
    4. Sekiranya pemohon adalah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor atau Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)/Presiden/Ketua Setiausaha II/ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia/Pengerusi Lembaga Pengarah organisasi.
    5. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah serta lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
    6. Ahli Jawatankuasa Induk, Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Penerima ATABM tidak boleh memohon.
    7. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.
    8. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2015 (Selasa). Semua permohonan perlu sampai sebelum 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
    9. Permohonan dalam bentuk salinan keras hendaklah dihantar ke alamat berikut:

                Setiausaha Bahagian
                Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
                Kementerian Pendidikan Malaysia
                Aras 13, No. 2, Menara 2
                Jalan P5/6, Presint 5
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                62200 PUTRAJAYA
                (u.p. Urus Setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu)

    1. Keputusan penganugerahan adalah muktamad.

    KRITERIA PENILAIAN

    1. Menjalankan penyelidikan ilmiah yang berwibawa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana.
    2. Menghasilkan penerbitan daripada penyelidikan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu.
    1. buku atau e-buku (sebagai penulis utama);
    2. buku atau e-buku (sebagai penyunting);
    3. bab dalam buku atau e-buku (sebagai penulis utama);
    4. makalah jurnal (sebagai penulis utama);
    5. laporan teknikal; dan
    6. penerbitan-penerbitan lain (majalah, akhbar dan buletin)
    1. Penyeliaan tesis atau projek tahun akhir dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama).
    2. Pengajaran dalam disiplin ilmunya menggunakan bahasa Melayu.
    3. Khidmat perundingan dan hasilan inovasi dalam bahasa Melayu.
    4. Pengiktirafan dan sanjungan berasaskan sumbangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu.
    5. Jawatan Pentadbiran Akademik dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
    6. Khidmat ikhtisas dan khidmat masyarakat.

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang pertanyaan mengenai ATABM 2015 boleh diajukan kepada:
     
    Urus Setia ATABM
    Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 13, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6 Presint 5
    62200 PUTRAJAYA
    Tel        : 03-8870 5096 / 5083 / 5118 / 5100
    Faks     : 03-8870 6809 / 6810
    E-mel    : atbm@moe.gov.my

     

    Muat Turun
    Risalah ATABM2015
    Slaid Taklimat
    Borang Permohonan

     

     

     

  • Tarikh Tutup Pengesahan Penerimaan Tawaran Ke Kolej Matrikulasi Bagi Sesi 2015/2016

    Tarikh tutup bagi pengesahan penerimaan tawaran penempatan ke Kolej Matrikulasi sesi 2015/2016 adalah pada 23 Mei 2015. Pendaftaran 'on-line' dibuka mulai 5 hingga 18 Mei 2015.

  • Bengkel Penciptaan Video Kreatif 2015 Peringkat W.P. Labuan

    Bengkel ini telah diadakan pada 23hb April 2015 yang bertempat di Dewan Sri Kedayan, SK Sungai Lada. Bengkel tersebut adalah anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendidikan W.P Labuan. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memilih wakil dari W.P Labuan bagi pertandingan video kreatif di Liga Remaja Kreatif (LRK) 2015.

    Liga Remaja Kreatif 2015 adalah sebuah pertandingan mencipta kandungan tempatan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.

    Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Awang Marten bin Hj. Abdul Rahman iaitu Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Turut hadir ialah Encik Mazlan bin Othman iaitu Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah sabah dan W.P Labuan.


    Berikut adalah senarai pemenang bagi pertandingan video kreatif 2015 peringkat W.P Labuan :

    1. Johan : SMK Rancha-Rancha
    2. Naib Johan : SM Sains Labuan
    3. Ketiga : SMK Mutiara
    4. Saguhati : SMK Labuan, SMK Lajau, SM Taman Perumahan Bedaun

     

     

  • Makluman berhubung Tender Membekal Lesen Perisian Microsoft di bawah Program Education Alliance Agreement (EAA) bagi Sekolah- Sekolah dan Kolej-Kolej di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

    Dimaklumkan bahawa perolehan lesen Microsoft Office hendaklah dilaksanakan melalui pembekal yang telah dilantik oleh Kementerian iaitu :

    Prestariang System Sdn. Bhd.
    70-73, NeoCyber
    Lingkaran Cyber Point Barat
    63000 Cyberjaya, Selangor
    Tel : 03 8314 8400 Fax : 03 8318 9280
    E-mel: noorhanim@prestariang.com.my
    (u.p. Pn. Noor Hanim Kadane)

     

  • Garis Panduan Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Gst) Ke Atas Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan

  • Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016

    Sukacita dimaklumkan bahawa Tawaran Ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016  boleh disemak mulai 15 April 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 4 Jun 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila layari laman sesawang www.moe.gov.my.

     

     

     

  • Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Bagi Calon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tahun 2015

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi calon-calon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ambilan 2015 bermula pada 16 April 2015. Semakan status panggilan boleh dibuat secara atas talian di alamat URL: http://ijazah1.moe.gov.my/ukcg/index.cfm.

  • Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3

    Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 akan diadakan di Johor Bahru pada 17 – 19 April 2015.  Penganjuran karnival Perpaduan A1M ialah bagi  memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan penghuni semua A1M dan masyuarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput untuk mengunjungi karnival tersebut. Sila klik JADUAL PROGRAM  untuk mendapatkan maklumat lokasi dan aktiviti-aktiviti karnival.

     

     

     

  • Majlis Pelancaran Program GM1M dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran

    Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

    Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

    Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

    Tarikh            : 24hb Mac 2015

    Masa              : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

    Tempat          :  Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak

     

    Muat Turun

    SENARAI 2500 BUAH SEKOLAH YANG DIPILIH UNTUK PROGRAM LATIHAN GM1M VLE FROG

  • Pengiraan Gred Purata Sekolah (GPS) Bagi Tujuan Penentuan Banding Dan Ranking Sekolah Menengah Tahun 2014 dan 2015

    Pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah penentuan banding dan ranking sekolah berdasarkan skor komposit sekolah. Skor komposit sekolah adalah gabungan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Skor Penarafan Kendiri Sekolah-Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM).

    Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dimansuhkan. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid Tingkatan 3. Implikasinya, kaedah pengiraan GPS sekolah menengah sedia ada bagi tujuan mengira skor komposit dan penentuan banding dan ranking tidak boleh diguna pakai lagi.

    Sehubungan dengan itu, kaedah baharu pengiraan skor komposit sekolah menengah bagi tahun peperiksaan 2014 dan 2015 adalah seperti di Lampiran 1. Contoh kaedah pengiraan baharu skor komposit sekolah menengah adalah seperti di Lampiran 2.

    Sila muat turun surat edaran di bawah untuk melihat Lampiran 1 dan Lampiran 2.

     

    Muat Turun

    Pengiraan Gred Purata Sekolah 

     

     

     

     

  • Makluman Pelanjutan Tarikh Aplikasi Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015

    Sukacita dimaklumkan bawah tarikh penutupan sistem permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 dilanjutkan kepada 9 Mac 2015 pukul 11.59 malam. Sekian, terima kasih.

     

     

     

  • Pencapaian SPM 2014 W.P Labuan

    Seramai 889 orang calon sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan ini di 9 buah pusat peperiksaan dan seramai 764 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 85.94% berbanding 84.1% tahun 2013,peningkatan sebanyak 1.84%. Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.88 berbanding 4.78 tahun 2013. Penurunan sebanyak 0.1.

    Pada tahun 2014, terdapat seorang calon SPM di W.P. Labuan mendapat pencapaian Cemerlang Tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki dan pencapaian sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran adalah seramai 20 orang dengan jumlah peratus 2.25% berbanding 44 orang calon 4.58% tahun 2013. Penurunan sebanyak 2.33%.

    Pada keseluruhannya pencapaian calon sekolah kerajaan dalam SPM 2014 untuk setiap mata pelajaran amat memberangsangkan. Daripada 34 mata pelajaran diambil,14 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100%. Sebanyak 25 mata pelajaran juga mengatasi pencapaian peringkat nasional,6 mata pelajaran menyamai pencapaian nasional dan hanya 3 mata pelajaran di bawah pencapaian peringkat nasional.

    Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Tentunya kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi ibu bapa,pelajar,guru-guru,pentadbir sekolah,komuniti,Jabatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela serta pihak media massa. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama yang utuh menyumbang kepada kecemerlangan ini.

     

     

     

  • Keputusan STPM 2014 W.P Labuan

    Secara keseluruhan,prestasi W.P. Labuan bagi lulus penuh sekurang-kurangnya satu matapelajaran pada tahun 2014 bagi calon sekolah kerajaan ialah 97.32% berbanding 96.64% tahun 2013 peningkatan sebanyak 0.68%.

    Pencapaian Gred Purata Negeri ialah 2.22 berbanding 2.28 tahun 2013,penurunan sebanyak 0.06. Bagi calon SMK Labuan peratus lulus penuh tahun 2014 ialah 96.72% iaitu seramai 59 orang daripada 61 calon menduduki peperiksaan manakala calon SMK Lajau pula ialah 98.04% iaitu seramai seramai 50 orang daripada 51 calon menduduki peperiksaan tersebut.

    Prestasi STPM 2014 bagi calon sekolah kerajaan di W.P. Labuan mencatatkan kelulusan penuh sebanyak 97.32% berbanding dengan pencapaian peringkat nasional sebanyak 97.99% iaitu perbezaan 0.67%.

    Dari segi prestasi mata pelajaran 7 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi, Mathematics (T), Physics, Chemistry dan Biology daripada 14 mata pelajaran yang ditawarkabn pada tahun 2014.

    Dari segi jumlah prinsipal pada tahun 2014, 50 calon mendapat 4 prinsipal iaitu 44.64%, 24 calon mendapat 3 prinsipal iaitu 21.43%,18 calon mendapat 2 prinsipal iaitu 16.07% dan 17 calon mendapat 1 prinsipal iaitu 15.18%.

    Pada tahun 2014,seramai 19 calon mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas. Pelajar terbaik STPM 2014 peringkat W.P. Labuan ialah NORASHIKIN dari SMK LABUAN dengan mendapat PNGK 3.67.

    Berikut merupakan senarai calon STPM 2013 W.P. Labuan yang mendapat PNGK 3.00 ke atas.

    1. Norashikin -SMK Labuan.(3.67)
    2. Amanina binti Timbang -SMK Lajau.(3.50)
    3. Daflonia Daniel -SMK Lajau (3.42)
    4. Maxine Lim Chiew Yi -SMK Labuan (3.42)
    5. Munirah binti Muktar -SMK Lajau (3.42)
    6. Ery Amylissa -SMK Labuan (3.33)
    7. Ummu Hanie binti Sujono -SMK Lajau(3.33)
    8. Misbah binti Muluk -SMK Labuan (3.25)
    9. Shahridah binti Shahdan -SMK Labuan (3.25)
    10. Nabilah binti Norasir -SMK Lajau (3.25)
    11. Stephanie Albert -SMK Labuan (3.17)
    12. Farhana binti Marhanh@Saini -SMK Lajau(3.17)
    13. Nur Nabila binti Mohd Salleh -SMK Lajau (3.17)
    14. Aswan bin Alias -SMK Lajau (3.09)
    15. Emafatin Farina binti Wahid -SMK Labuan (3.08)
    16. Theresa Lee Wei Ting -SMK Labuan (3.08)
    17. Abdul Sahid bin Khalid -SMK Labuan (3.00)
    18. Azira binti A.Manan -SMK Labuan (3.00)
    19. Sebastian Anak Mathew -SMK Lajau (3.00)

    Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang,ibu bapa,pengetua,dan guru-guru sekolah yang terlibat mendidik mereka.Semoga kejayaan mereka akan menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain untuk mencipta kecemerlangan yang lebih hebat dimasa akan datang.TQ

     

     

     

  • Pencalonan Dan Pemilihan Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Dan Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya (OKU) Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

    Tarikh tutup penghantaran calon di peringkat negeri ke Bahagian Pendidikan Khas adalah pada atau sebelum 13 Mac 2015.

    Sebarang pertanyaan mengenai urusan ini, sila berhubung dengan Puan Hajah Zakiah Hanim Abd Rahman atau En. Sukiman Daud di talian 03-88849161 / 9126.

     

  • Buletin Anjakan Januari 2015

     

    Muat turun Buletin Anjakan Bulan Januari 2015 di bawah.


    Buletin Anjakan Januari 2015

     

  • Permohonan Baharu Hadiah Skim Biasiswa Sukan KPM 2015

    Sukacita dimaklumkan, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan tawaran baru Hadiah Skim Biasiswa Sukan (SBS) kepada atlet murid yang layak bagi tahun 2015. Permohonan ini dibuka mulai 5 Januari 2015 dan tamat pada atau sebelum 30 Mac 2015. 

    Syarat kelayakan seorang atlet murid untuk pertimbangan mendapat Biasiswa Sukan, Kementerian Pelajaran adalah seperti yang berikut:

    • Warganegara Malaysia;
    • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
    • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
    • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan. ;

    Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan Tahun 2015 (MPK SBS LAMPIRAN A) boleh didapati di sekolah menengah masing-masing atau seperti yang dilampirkan.

    Semua permohonan hendaklah diserahkan kepada guru penyelaras Biasiswa Sukan di sekolah masing-masing.


    Muat turun borang klik di sini..

  • Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu (1) Ambilan Dua (2) Tahun 2015

    Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu (1) Ambilan Dua (2) Tahun 2015 akan dibuka mulai 13 Februari  2015 sehingga 24 Februari 2015. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.

  • Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang,Mengkonfigurasi , Menguji Dan Mentauliah Peralatan Ict Ke Bahagian/Jabatan/ Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

    Maklumat lanjut, muat turun di sini

  • Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat(4) Tahun 2015.

    Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat (4) Tahun 2015 akan dibuka mulai 30 Januari 2015 sehingga 16 Februari 2015. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.

  • Semakan Penempatan Guru Baharu Lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bil. 2/2015

    Sukacita dimaklumkan penempatan guru baharu bagi lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) boleh membuat semakan penempatan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau sila klik di sini. Tarikh kuat kuasa penempatan adalah pada 29 Januari 2015.
  • Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Jabatan Pendidikan W.P. Labuan.

    Majlis telah diadakan pada 17hb Januari 2015 (sabtu) dan bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli iaitu Ahli Parlimen Labuan merangkap Exco Pendidikan Labuan.

    Dalam ucapan alu-aluan Puan Mistirine binti Radin iaitu Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan, beliau telah mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2014 dan seterusnya menyampaikan amanat dan sasaran yang perlu dicapai bagi tahun 2015.

    Pelancaran YELL berserta laungan “ LABUAN HEBAT “ juga telah disempurnakan oleh YB. Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli sebagai ayat keramat atau pembakar semangat kepada semua warga pendidikan bagi mencapai kejayaan yang lebih mantap bagi tahun 2015.

    Antara pengisian lain program sempena majlis tersebut adalah seperti berikut :

    • Penyampaian Sijil Penghargaan PT3
    • Penyampaian Sijil Penghargaan Murid Kehadiran Penuh 2014
    • Edaran Buku Takwim dan SKT 2015

     

  • Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama (Pendidikan) Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2015.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon – calon berkelayakan yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan September 2014 untuk memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah KPM.

    Permohonan boleh dibuat secara atas talian/online melalui laman web KPM di alamat URL: http://www.moe.gov.my.

    Permohonan secara atas talian/online akan dibuka mulai 1 Februari 2015 hingga 28 Februari 2015

  • Teks Ucapan Oleh YAB TPM Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 KPM

    TEKS UCAPAN

     

    YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

    TIMBALAN PERDANA MENTERI

    MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

     

    DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

     

    PADA 16 JANUARI 2015

    DI DEWAN PLENARI

    PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

     

    Muat turun teks ucapan klik di sini

  • Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015 (VLE)

    SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015

    PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    Maklumat lanjut klik pada pautan ini : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001201.pdf

  • Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Warga Kementerian Pendidikan Malaysia

    Sumbangan tunai boleh disalurkan atas nama Bendahari MESCA, Public Bank, no.akaun 3077068628 mulai 5 hingga 31 Januari 2015

  • Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan Malaysia Pengumuman Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir

    KENYATAAN MEDIA
    YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
    SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

    Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

    Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

    Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

    a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

    b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

    Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

    Terima kasih.

    Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
    Timbalan Perdana Menteri
    Merangkap Menteri Pendidikan
    29 Disember 2014

     

  • Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Asrama 1Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 2015

    Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015.

    Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

    Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:

    ASRAMA 1MALAYSIA

    NAMA SEKOLAH

    A1M Kuala Lumpur

    SMK Victoria, Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    SMK St John, Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    A1M Johor

    SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

    perempuan sahaja

    A1M Sabah

    Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

    lelaki & perempuan

    A1M Sarawak

    Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak

    lelaki & perempuan

     

    Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:

     

    SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

    1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
       
    2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
       
    3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
       
    4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
       
    5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
       
    6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
       
    7. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
       
    8. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
    1. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan                       
    2. Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014  (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)            
    3. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
    4. Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
    5. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
    1. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

     

    Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.

    Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.

    Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia
    http://www.moe.gov.my/v/Asrama-1Malaysia-AH

  • Operasi Bilik Gerakan Pembekalan Buku Teks

    Untuk makluman semua, Bahagian Buku Teks (BBT) telah mewujudkan Bilik Gerakan pembekalan buku teks yang beroperasi sebagai saluran menerima maklumat daripada pihak sekolah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai perkara di atas.

    Pihak sekolah dan orang awam boleh menghubungi nombor talian 03 8884 4363 untuk memberikan sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan buku teks kepada Bahagian ini secara terus. Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bermula 15 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 pada setiap hari bekerja.

     

    Sekian.

     

    Bahagian Buku Teks

    Kementerian Pendidikan Malaysia

     

  • Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2014

    Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2014 telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik iaitu wakil kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Pn. Norismah binti Hj.Ab.Moin pada 26 November 2014 bertempat di dewan terbuka SKK St. Anne.

    Seramai 1285 orang calon telah menduduki peperiksaan ini di bawah 17 buah pusat peperiksaan di seluruh WP Labuan. Berasaskan kepada pencapaian Tahap Penguasaan Minimum sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran, prestasi UPSR 2014 bagi semua jenis sekolah di WP Labuan mencatatkan kelulusan sebanyak 56.58% berbanding 57.56% tahun 2013, penurunan sebanyak 0.98%.

    Bilangan calon UPSR tahun 2014 yang mendapat pencapaian cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki (5A/7A) pada tahun 2014, adalah sebanyak 44 orang iaitu 3.42% berbanding 61 orang iaitu 5.07% pada tahun 2013, penurunan sebanyak 1.65%. Pn. Norismah binti Hj.Ab.Moin telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid cemerlang, ibu bapa, Guru Besar dan guru-guru sekolah yang terlibat mendidik murid-murid cemerlang.

    Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih untuk semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela serta pihak media massa bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, berpengetahuan dan mempunyai minda kelas pertama untuk menjadi pewaris dan penentu utama kejayaan negara pada masa hadapan.

  • Aplikasi Semakan Tawaran Ke Sek Men Pendidikan Khas Untuk Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Tahun 2015

    Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Sek Men Pendidikan Khas untuk kemasukan Tingkatan1 & 4   boleh dilakukan bermula 24 November 2014 sehingga 31 Disember 2014. Sila klik pautan di sini.

    Sekian, terima kasih.

  • Makluman Pelaksanaan Mod Bersemuka Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014

    Sukacita dimaklumkan, makluman pelaksanaan mod bersemuka (face to face) Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014 untuk guru sekolah rendah kini dibuka bermula 10 November 2014 sehingga 19 November 2014.Sila layarihttp://apps.moe.gov.my/abpg/PROGRAMBPG untuk maklumat lanjut melalui modul semakan.

  • Semakan Calon Berjaya Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2015

    Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon berjaya temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 30 Oktober 2014 ( Khamis ) di laman sesawang KPM

    Terima kasih.

    Sila Klik Sini.

  • Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia (A1M) Peringkat Kebangsaan KPM

    Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia (A1M), Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 pada : 17 – 19.10.2014 di SMK Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Sila layari di pautan ini untuk maklumat lanjut.

    Sekian, terima kasih.

  • Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2014

    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2014 yang bertemakan Aspirasi Murid Asas Pengukuhan Prasekolah Berkualiti pada 13 hingga 16 Oktober 2014, bertempat di SMK Medini, Nusajaya , Johor Bahru. Semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dijemput hadir.

  • Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41-(Menengah) Bil 7/2014

    Sukacita dimaklumkan bahawa Penempatan Baharu Bagi Guru yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 boleh disemak di Portal KPM di ruangan aplikasi berkala atau klik di sini bermula 29 September 2014.

    Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

    Harap maklum.

  • Aplikasi Semakan Tawaran Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Guru Sekolah Rendah 2014

    Sukacita dimaklumkan, semakan tawaran bagi permohonan mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014 untuk guru sekolah rendah kini dibuka bermula 2 September 2014 sehingga 12 September 2014.

    Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/PROGRAMBPG untuk semakan secara dalam talian.

    Semakan tawaran permohonan PITO 2014 bagi guru sekolah menengah akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum.

  • Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Untuk Mengisi Jawatan Pengetua Dan Guru Besar Bagi Januari - Disember Tahun 2015 Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan penyiaran urusan pemangkuan Pengetua dan Guru Besar bagi pengisian bulan Januari sehingga Disember 2015 yang dibuka pada 23 Julai 2014 (Rabu) sehingga 06 September 2014 (Sabtu).

    Klik untuk muat turun surat siaran/iklan.

  • Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Tiga (3) 2013 Bagi Program Kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (Ilka) Ambilan Ogos 2014

    Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN TIGA (3) 2013 BAGI PROGRAM KOLABORATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) AMBILAN OGOS 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 14 Julai 2014 atau klik di sini  (12.01am) sehingga 3 Ogos 2014 (11.59pm).

  • Permohonan Baru Biasiswa - Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU) Tingkatan 6 Rendah Tahun 2014

    Permohonan akan dibuka seperti ketetapan di bawah.

     

    Semua negeri     :     30 Jun 2014 - 6 Julai 2014

     

    Sehubungan itu, pihak sekolah boleh menyemak nama murid yang layak di laman sesawang http://apb.moe.gov.my  mulai 23 Jun 2014 hingga 29 Jun 2014. Sekiranya nama murid yang layak memohon tidak dipaparkan , sila rujuk dengan guru APDM kelas berkenaan supaya mendaftarkan murid berkenaan di dalam APDM dan mengemaskini maklumat pendapatan ibubapa/penjaga.

  • Sambutan Hari Guru Peringkat W.P. Labuan Tahun 2014.

    Majlis sambutan hari guru peringkat W.P. Labuan bagi tahun 2014 telah diadakan pada 24hb Mei 2014 (sabtu) yang bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli yang merupakan Ahli parlimen Labuan.

    Sambutan Perayaan Hari Guru 2014 yang bertemakan “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”  adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

    Warga pendidik perlu dengan penuh tekad bersatu sebagai satu pasukan yang mantap dalam melaksana dan menjayakan pelan tersebut. Sesungguhnya, kreativiti dan inovasi bukanlah perkara baharu dalam pendidikan. Sejak dahulu lagi, guru merupakan agen pencetus, pemangkin dan penggalak bagi menyerlahkan bakat anak-anak yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif. Justeru, tema hari guru tahun ini adalah amat bersesuaian dengan transformasi pendidikan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. Pendidikan berkualiti pasti dapat disediakan apabila guru berani melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam pengurusan pendidikan dan pengajaran.


    Antara anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut adalah seperti :

    • ANUGERAH ANAK GURU CEMERLANG
    • ANUGERAH JASAMU DIKENANG
    • ANUGERAH GURU INOVATIF
    • ANUGERAH SEKOLAH BERPRESTASI
    • ANUGERAH PRASEKOLAH GEMILANG
    • ANUGERAH PEMIMPIN DAN GURU PPKI CEMERLANG
    • ANUGERAH IKON GURU
    • ANUGERAH KHAS PENAMPILAN DAN DISIPLIN GURU
    • ANUGERAH TOKOH GURU 2014

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari guru peringkat W.P. Labuan bagi tahun 2014.

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik(MAKA)Tahun 2013

    Majlis telah diadakan pada 17hb Mei 2014 yang bertempat di Auditorium Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS). Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli iaitu Ahli Parlimen Labuan.

    Objektif Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2013 (MAKA) diadakan adalah bagi memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam membantu meningkatkan kualiti dan keputusan akademik murid. Selain itu juga, memberi ganjaran kepada murid yang cemerlang dalam UPSR,PMR,SPM dan STPM sebagai motivasi kepada mereka untuk meneruskan kejayaan.

    Antara anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut adalah seperti :

    1. Anugerah UPSR Cemerlang
    2. Anugerah PMR Cemerlang
    3. Anugerah SPM Cemerlang
    4. Anugerah STPM Cemerlang
    5. Anugerah Panitia Cemerlang
    6. Anugerah Kilauan Mutiara

    Majlis selesai pada 4.30 petang.

  • Penawaran bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

    Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Sepenuh Masa (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBTB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 25 April (Jumaat)hingga 24 Mei 2014 (Sabtu). Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau sila klik di pautan ini

  • Pencapaian SPM 2013 W.P. Labuan

    Seramai 960 orang calon sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan ini di 9 buah pusat peperiksaan dan seramai 807 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 84.1% berbanding 93.85% tahun 2012,penurunan sebanyak 9.75%. Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.78 berbanding 4.94 tahun 2012. Peningkatan sebanyak 0.16

    Pada tahun 2013 tiada calon SPM di W.P. Labuan mendapat pencapaian Cemerlang Tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki namun demikian pencapaian sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran adalah seramai 44 orang dengan jumlah peratus 4.58% berbanding 19 orang calon 1.74% tahun 2012. Peningkatan sebanyak 2.84%.

    Pada keseluruhannya pencapaian calon sekolah kerajaan dalam SPM 2013 untuk setiap mata pelajaran amat memberangsangkan. Daripada 38 mata pelajaran diambil,19 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100%. Sebanyak 22 mata pelajaran juga mengatasi pencapaian peringkat nasional,9 mata pelajaran menyamai pencapaian nasional dan hanya 7 mata pelajaran di bawah pencapaian peringkat nasional.

    Tanniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusa yang cemerlang. Tentunya kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi ibu bapa,pelajar,guru-guru,pentadbir sekolah,komuniti,Jabatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela serta pihak media massa. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama yang utuh menyumbang kepada kecemerlangan ini

  • Pencapaian STPM 2013 W.P. Labuan

    Secara keseluruhan,prestasi W.P. Labuan bagi lulus penuh sekurang-kurangnya satu matapelajaran pada tahun 2013 bagi calon sekolah kerajaan ialah 96.64% berbanding 85.71% tahun 2012 peningkatan sebanyak 10.93%.

    Pencapaian Gred Purata Negeri ialah 2.28 berbanding 1.96 tahun 2012,peningkatan sebanyak 0.32. Bagi calon SMK Labuan peratus lulus penuh tahun 2013 ialah 97.06% iaitu seramai 66 orang daripada 68 calon menduduki peperiksaan manakala calon SMK Lajau pula ialah 96.08% iaitu seramai seramai 49 orang daripada 51 calon menduduki peperiksaan tersebut.

    Prestasi STPM 2013 bagi calon sekolah kerajaan di W.P. Labuan mencatatkan kelulusan penuh sebanyak 96.64% berbanding dengan pencapaian peringkat nasional sebanyak 97.10% iaitu perbezaan 0.46%.

    Dari segi prestasi mata pelajaran 8 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Pengajian AM, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Seni Visual daripada 14 mata pelajaran yang ditawarkabn pada tahun 2013.

    Dari segi jumlah prinsipal pada tahun 2013, 18 calon mendapat 5 prinsipal iaitu 15.13%, 41 calon mendapat 4 prinsipal iaitu 34.45%,23 calon mendapat 3 prinsipal iaitu 19.33%,23 calon mendapat 2 prinsipal iaitu 19.33% dan 10 calon mendapat 1 prinsipal iaitu 8.40%.

    Pada tahun 2013,seramai 17 calon mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas. Pelajar terbaik STPM 2013 peringkat W.P. Labuan ialah MARIA OKTAVIA RELY dari SMK LABUAN dengan mendapat PNGK 3.84.

    Berikut merupakan senarai calon STPM 2013 W.P. Labuan yang mendapat PNGK 3.00 ke atas.

    1. Marian Oktavia Rely -SMK Labuan.(3.84)
    2. Mohd Saifudin Bin Mat Bahir-SMK Lajau.(3.67)
    3. Suhartini Allan D Rice Oxley - SMK Lajau (3.42)
    4. Nur Athirah Binti Hamzah- SMK Lajau (3.42)
    5. Mimi Asmida Binti Saidin - SMK Labuan (3.34)
    6. Fatmah Ching Yee Fun - SMK Labuan (3.33)
    7. Nur Alinah Ashykinn Binti Mohd Ali - SMK Labuan(3.33)
    8. Nor Azira Binti Lamit - SMK Lajau (3.25)
    9. Ridwan Bin Ajit - SMK Labuan (3.17)
    10. Chin Fung Kuin- SMK Labuan (3.09)
    11. Norfahanah Binti Halidin -SMK Labuan (3.08)
    12. Senorita Binti Jerius- SMK Labuan(3.00)
    13. Arlyn Lim Yi San - SMK Labuan (3.00)
    14. Siti Zuliza Binti Gapor-SMK Labuan (3.00)
    15. Abd Rahman Bin Mohamed Kifli - SMK Labuan (3.00)
    16. Elyanti Binti Mahal @ Kassim - SMK Labuan (3.00)
    17. Mohd Sharul Nizam Bin Suhaili - SMK Lajau (3.00)

    Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang,ibu bapa,pengetua,dan guru-guru sekolah yang terlibat mendidik mereka.Semoga kejayaan mereka akan menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain untuk mencipta kecemerlangan yang lebih hebat dimasa akan datang.TQ

  • Pertukaran Guru Antara Bahagian Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah Sesi Jun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah Sesi Jun 2014 melalui sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 Hingga 30 April 2014. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, https://apps.moe.gov.my/epgo/.

  • Hebahan Permohonan Penempatan Murid Ke Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015 Dan 2016

    Semua permohonan penempatan kanak-kanan masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA TAHUN sebelum kanak-kanak itu bersekolah bagi kumpulan berikut:

    I. kanak-kanak yang lahir 2.1.2008 hingga 1.1.2009 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2015, dan

    II. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2009 hingga 1.1.2010 untuk tahun persekolahan 2016.

    Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut:

    Tarikh: 1-31 Mac 2014

    Hari: Hari bekerja

    Masa: Waktu Pejabat sekolah berkenaan

    Dokumen yang perlu dibawa bersama oleh ibu bapa/penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah seperti berikut:

    - Sijil lahir kanak-kanan berkenaan (Salinan asal dan salinan fotostat,dan

    - Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik,air,telefon atau dokumen lain yang berkenaan jika perlu)

    Permohonan Penempatan Bagi Kanak-Kanak Cacat Penglihatan/Cacat Pendengaran/ Terencat Akal Ringan (Bermasalah Pembelajaran)

    Kanak-kanak seumpama ini dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor sebelum ia boleh didaftarkan. Borang pemeriksaan doktor boleh didapat di Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan(JPWPL)

    Permohonan Penempatan Kanak-Kanak Bukan Warganegara untuk bersekolah pada tahun 2015 adalah seperti berikut:

    Semua kanak-kanak Bukan Warganegara dikehendaki membuat permohonan di JPWPL selepas 1 Oktober 2015. Setiap borang permohonan (Jadual Pertama) diisi dalam 3 salinan(Permohonan Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan). Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan bersama borang permohonan:

    1. 2 salinan sijil lahir kanak-kanak

    2. 2 salinan kad pengenalan ibu bapa

    3. 2 salinan passport anak dan ibu bapa

    4. Jika ibu bapa bekerja di Malaysia, sertakan

    a) 2 salinan pas pengajian yang sah
    b) 2 salinan pas tanggungan (anak/ibu)
    c) 2 salinan surat majikan

    5. Jika permohonan bukan daripada ibu bapa murid,sila sertakan :
    a) 2 salinan sijil lahir kanak-kanak.
    b) 2 salinan kad pengenalan penjaga.
    c) 2 salinan passport murid dan penjaga.
    d) 2 salinan surat keterangan hubungannyadengan murid ( contoh surat daftar anak angkat )

    6. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Guru Besar.Sila hubungi Unit Perhubungan dan Pendaftaran,JPWPL untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut mengenai perkara di atas.

    Pemohonan penempatan ini hanya merupakan satu pemohonan kanak-kanak untuk memasuki sekolah. JPWPL tidak menjamin kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat pemohonan penempatan.

  • Pencarian Pelajar Permata Insan Oleh Pusat Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia

    Pencarian Kanak-kanak Pintar dan Berbakat bagi murid berumur 8 tahun melalui ujian saringan UKM1 telah bermula pada 1Februari dan akan berkahir pada 30 Mei 2014.

    Ujian UKM-1 boleh diakses secara atas talian di laman web http://permatainsan.usim.edu.my/ .Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah,rumah,kafe siber dan lain-lain tempat yang boleh mencapai rangkaian internet. Murid boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut sehingga tamat. Walau bagaimanapun, murid digalakkan mengambil ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit(tidak termasuk pendaftaran murid). Murid juga tidak digalakkan mendapat bantuan daripada ibu bapa untuk memastikan keputusan ujian ini adalah sahih.

    Murid yang layak akan dimaklumkan keputusannya untuk menduduki ujian saringan kedua UKM-2 di pusat-pusat secara terkawal dalam bulan Jun-Ogos 2014. Seterusnya murid yang berjaya akan dipilih ke Kem PERMATA Insan yang diadakan pada bulan Mei dan Disember 2014.

  • Buku Teks Digital KPM Dilancarkan

    Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah berjaya dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net .

    Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Butiran ringkas mengenai transformasi buku teks adalah seperti berikut:

     

  • Perutusan Tahun Baru Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2014

    Sukacita dilampirkan Perutusan Tahun Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tahun 2014 untuk rujukan tuan/puan.

    Muat Turun :  Perutusan Tahun Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

  • Majlis Perhimpunan Guru 1 Labuan 2014

    Majlis telah diadakan pada 18 Januari 2014 ( Sabtu ) yang bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan. Majlis perhimpunan kali ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan iaitu YB. Encik Rozman bin Datuk Hj. Isli. Antara tetamu yang hadir adalah terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, dan semua warga pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Read More

    Antara pengisian program majlis perhimpunan adalah seperti berikut :

    • Pelancaran Perancangan Strategik Jabatan Pendidikan W.P Labuan Gelombang 1, 2014-2015
    • Pelancaran Paparan Awal KPI Pengarah
    • Pelancaran Takwim 2014
    • Penyampaian buku perancangan strategik kepada wakil Ketua Sektor, wakil Pengetua dan wakil Guru Besar
    • Penyampaian sijil penghargaan pencapaian PMR 2013
    • Penyampaian sijil Murid Kehadiran Penuh 2013
    • Guru Besar Contoh 2013
    • Pengetua Contoh 2013
    • Sekolah Contoh 2013

    Majlis Perhimpunan Guru 1 Labuan 2014 selesai jam 11.00 pagi

  • Keputusan PMR Tahun 2013

    Berasaskan kepada pencapaian Tahap Penguasaan Minimum bagi semua mata pelajaran, prestasi PMR 2013 bagi semua sekolah kerajaan di W.P. Labuan mencatatkan kelulusan sebanyak 73.88% menunjukkan peningkatan sebanyak 0.97% berbanding pada tahun 2012 iaitu 72.91%. Pencapaian Gred Purata Negeri 2013 ialah 2.72 berbanding 2.70 tahun 2012, penurunan sebanyak 0.02. Read More

    Manakala bilangan calon PMR yang mendapat pencapaian cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu(9A/8A/7A) pada tahun 2013, mencatatkan sebanyak 6.13% iaitu seramai 70 orang calon, berbanding 54 orang calon 4.86% tahun lalu. Peningkatan sebanyak 1.27% berbanding tahun 2012.Seramai 70 orang calon memperoleh 9A,40 orang calon 8A dan 25 orang calon 7A.Sekolah terbaik PMR2013 diungguli oleh SMS Labuan.

    Tahniah dan syabas kepada pelajar yang cemerlang,ibu bapa,pengetua,guru-guru sekolah yang terlibat mendidik mereka.Tidak lupa juga kepada Persatuan Ibu Bapa Guru(PIBG),badan-badan sukarela,serta media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita untuk melahirkan modal insan berkualiti,berpengetahuan,mempunyai pemikiran dan kemahiran aras tinggi.Semoga kejayaan mereka menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain untuk mencipta kecemerlangan yang sama di masa akan datang.

  • Visi dan Misi KPM Versi September 2013

    Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

    Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

    VISI

    "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

    MISI

    "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

  • Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia

    Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia akan diadakan pada 25 – 27 Oktober 2013 yang bertempat Di Asrama 1Malaysia, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur.

    1. Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    2. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilantik sebagai tuan rumah Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia.
    3. Karnival akan diadakan dari 25 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di  Asrama 1Malaysia, Kuala Lumpur
    4. Rasional penganjuran Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia adalah sebagai satu aktiviti tahunan Asrama 1Malaysia untuk bertemu dan berinteraksi sesama penghuni Asrama 1 Malaysia di samping  mempromosikan Asrama 1Malaysia.
    5. Objektif Karnival Asrama 1Malaysia adalah seperti berikut:

    Read More

    • Menyediakan ruang untuk penghuni Asrama 1Malaysia menyertai aktiviti-aktiviti  ilmiah, kokurikulum serta kemasyarakatan.
    • Menyatukan murid-murid pelbagai kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
    • Memperkembangkan potensi penghuni Asrama 1Malaysia dalam aspek rohani, jasmani, emosi serta intelek.
    • Mempromosikan Asrama 1Malaysia sebagai sebuah institusi yang dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • Permohonan Ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik 2014

    Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad)
  • Majlis Sambutan Hari Merdeka Ke 56 Tahun Peringkat Jabatan Pendidikan W.P Labuan

    Majlis sambutan ini telah diadakan  pada 4 September 2013 (rabu) yang bertempat di ruang legar pejabat Sektor Pengurusan Akademik, Bukit Kalam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj. Yunus bin Hj. Kurus.

    Objektif majlis sambutan ini diadakan adalah bertujuan untuk menyambut hari kemerdekaan negara kali yang ke 56 tahun dan seterusnya mengenang jasa dan pengorbanan pejuang negara untuk memerdekakan negara kita. Selain itu, majlis sambutan telah diselitkan dengan sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri jabatan.

    Read More

    Antara pengisian program dalam majlis sambutan tersebut adalah seperti :

    1. Nyanyian lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera dan lagu tema kemerdekaan
    2. Upacara perarakan dan menaikan Bendera Kebangsaan
    3. Ikrar Rukun Negara oleh Encik Awang Marten bin Hj. Abd.Rahman (KPP BTPN)
    4. Ucapan Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan
    5. Ucapan perasmian oleh YB Senator Datuk Hj. Yunus bin Hj. Kurus.
    6. Deklamasi sajak oleh Encik Sahar bin Misron (Pengetua SMK Pantai)
    7. Penyampaian Anugerah Tokoh Kemerdekaan
    8. Penyampaian Cenderahati Anak Merdeka dan anak Malaysia
    9. Majlis memotong kek Merdeka Raya
    10. Jamuan Hari Raya Aidilfitri
  • Seminar Kebangsaan dan Pameran Pendidikan Seni Visual

    Salam 1 Malaysia,

    Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UITM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan dan Pameran Pendidikan Seni Visual dari 12 hingga 22 September 2013, bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor

    Semua dijemput hadir

  • Permohonan Untuk Mengisi Perjawatan Hakiki Sebagai SISC+ dan SIPartners+ Sepenuh Masa Di Jabatan Pendidikan W.P Labuan

    Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.

    Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Jabatan Pendidikan W.P Labuan.

    Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan serahkan kepada Jabatan Pendidikan W.P Labuan selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2013. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik di sini.

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Tahun 2012

    Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Tahun 2012 telah diadakan pada 30 Jun 2013 bertempat di Dewan Konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Encik Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan P166. Turut hadir pada majlis ini ialah Puan Mistrine Radin, Pengarah Pelajaran WP Labuan dan wakil daripada Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA).

    Read More

    Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun 2012 yang mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Seramai 129 orang murid cemerlang diraikan mengikut pecahan 2 orang murid cemerlang STPM, 19 orang murid cemerlang SPM, 55 orang murid cemerlang PMR dan 53 orang murid cemerlang UPSR.

    Selain itu, majlis ini juga mengiktiraf semua sekolah dan panitia mata pelajaran yang menujukkan peningkatan dari tahun sebelumnya dengan memberi sijil penghargaan dan sedikit saguhati kepada sekolah dan panitia mata pelajaran tersebut.

    Siti Rabiatul Adawaiyah binti Yussop (SM Sains), Ekril Shamrin bin Rosli (SM Sains), Nurul Shafiqah Pailin (SK Tanjung Aru) dan Raja Amirul Naquib bin Raja Sazrin (SK Bukit Kalam) telah menerima Anugerah Kilauan Mutiara bagi kategori murid sekolah rendah (lelaki/ perempuan) dan murid sekolah menengah (lelaki/perempuan).

    Sektor Pengurusan Akademik, JPWPL, penganjur majlis ini telah menerima sumbangan daripada Persatuan Pengimport Kereta Malaysia (PERKEMA) dan Labuan FSA untuk diagihkan kepada murid-murid cemerlang. Semoga kejayaan murid cemerlang ini akan menjadi perangsang kepada semua murid yang akan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun 2013 untuk terus meningkatkan kecemerlangan pada masa hadapan.

    Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah MAKA 2012.

  • Pencalonan Bagi Mengikuti Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea Tahun 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea selama 10 hari bermula dari 12 November 2013 hingga 21 November 2013.

    Maklumat Lanjut ( klik di sini )

  • Tawaran Kursus Economic Patnership Program (EEP) - Leadership Development Program For Middle Management Level (Manager)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Japan international Cooperation agency (JICA) akan menganjurkan kursus EEP - Leadership Development Program For Middle Management Level (Manager) di Jepun bermula 9 September 2013 hingga 5 Oktober 2013 (27 hari).
    Maklumat lanjut ( klik di sini )
  • Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 Lantikan Tetap 1 Julai 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN GURU BAHARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA dan IPGM yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM (klik di sini) bermula 25 Jun 2013.
     
    Tuan/puan yang membuat semakan boleh menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruangan MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan maklumat penempatan tuan/puan.
    Sekian untuk makluman.
  • Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Bagi Tahun 2013

    Majlis sambutan ini telah diadakan pada 15 Jun 2013 (sabtu) jam 8.00 pagi yang bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan W.P Labuan.
    Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Bagi Tahun 2013 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Rozman Bin Datuk Haji Isli iaitu Ahli Parlimen Labuan.

    Read More

    Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dari pelajar SMK Pantai dan nyanyian koir lagu guru malaysia dan lagu transformasi pendidikan negara yang telah disampaikan oleh guru-guru SM Sains Labuan.
    Bebarapa anugerah juga telah disampaikan pada majlis tersebut, antaranya ialah seperti :
    1. Anugerah Anak Guru Cemerlang
    2. Anugerah Guru Inovatif Negeri
    3. Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan
    4. Anugerah Khas Inovasi dan Kreativiti
    5. Anugerah Inovasi Pengarah
    6. Anugerah Jasamu Dikenang
    7. Anugerah Sekolah Berprestasi
    8. Anugerah Prasekolah Gemilang
    9. Anugerah PPKI Cemerlang
    Anugerah Tokoh Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Bagi Tahun 2013 ialah :
    1. Tuan Haji Ahmad bin Ismail
    2. Datin Hjh. Dayang Pungut binti Abdul Jalil
    Anugerah Khas Penampilan dan Disiplin Guru pula telah dimenangi oleh SK Bukit Kalam. Majlis sambutan berakhir jam 12.30 tengah hari.
  • Jemputan Menyertai Bengkel "SOLAR OBSERVATION & IMAGING WORKSHOP"

    Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa (ANGKASA) Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan bengkel bertajuk Solar Observation & Imaging Workshop pada 01 Julai 2013 bertempat di Hotel Equatorial Malacca, Malaysia.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Siti Aminah Bahari atau En. Syed Muhammad Asyraf Syed Le di talian 03-89216860/6853 ( emel : iconspace@ukm.my ) atau faks 03-89216856.

    Sekian untuk makluman.

  • Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan ICT

    Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan ICT telah diadakan pada 17 Mei hingga 19 Mei 2013 yang bertempat di Pusat Ko Kurikulum Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pelajaran W.P Labuan dengan kerjasama Puskowila.

    Read More

    Peserta kursus adalah terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juruteknik Komputer sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Antara objektif kursus ini dijalankan ialah :

    1. Mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, saling membantu, dan memahami sesama rakan.
    2. Mewujudkan kumpulan pekerja yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif contohnya proaktif dalam pekerjaan, bermotivasi dan rajin. Ini akan menjadi role model kepada pekerja lain.
    3. Mewujudkan hubungan silatulrahim antara Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juruteknik Komputer.
    4. Memberi peluang kepada peserta untuk menyemak sifat diri dan memperbaikinya.
  • Pelawaan Menulis Artikel Bagi Penerbitan Jurnal BTP 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun 2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan menerbitkan sebuah jurnal berdasarkan hasil kerja penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Sehubungan itu, BTP mempelawa JPN/PPD/Sekolah untuk menyumbang artikel bagi tujuan tersebut.

    Tarikh akhir penghantaran artikel pada atau sebelum 31 Mei 2013. Sebatang pertanyaan dan rujukan sila layari laman web : www.moe.gov.my.

    Sekian untuk makluman

  • Program Latihan Intan Tahun 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak INTAN mengalu-alukan permohonan dari Tuan/Puan untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak INTAN sepanjang tahun 2013. Permohonan boleh dibuat secara di atas talian melalui laman web intan http://www.online-itims.intan.my/ atauhttp://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms.html .

    Sebarang pertanyaan mengenai program latihan INTAN boleh dikemukakan kepada Pusat Pembangunan Latihan INTAN di talian 03-20847373 / 7410 / 7394 atau emel ppl@intanbk.intan.my .


    Sekian untuk makluman.

  • Persidangan & Pameran The Digital Education Show Asia (DESA) 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Persidangan dan Pameran The Digital Education Show Asia (DESA) 2013 bersama Multimedia Development Corporation (MDEC) dengan kerjasama Terrapin Pte Ltd. yang akan diadakan pada 27 – 28 Mei 2013 di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
     
    Sila layari www.terrapinn.com/digitaledu untuk mengetahui maklumat lanjut.
    Sekian untuk makluman.
  • Tawaran Permohonan Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Sesi 2013/2014

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014. Keutamaan pemilihan calon adalah diberikan kepada PPPS yang sedang berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah dan PPPS yang menguruskan Program Pencegahan Dadah KPM.

    Read More

    Maklumat berkaitan permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM (www.moe.gov.my). Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

    Permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT di alamat berikut:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Bahagian Tajaan Pendidikan
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya
    SELANGOR DARUL EHSAN
    (u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)
    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program ini boleh menghubungi pegawai berikut:-
    1. Encik Maswira bin Mahyiddin (03-8321 7158) maswira.mahyiddin@moe.gov.my
    2. Cik Shuhaidah binti Mohd Shorkapeli (03-8321 7156)  shuhaidah.shorkapeli@moe.gov.my
    3. Puan Nor Hazren binti Che Hassan (03-8321 7149) hazren.hassan@moe.gov.my
  • Mesyuarat JKICT Bil.2/2013

    Mesyuarat telah dijalankan pada 22 Julai 2013 yang bertempat di bilik mesyuarat utama Jabatan Pelajaran W.P Labuan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Mistirine binti Radin, Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan.

    Ahli mesyuarat yang hadir adalah terdiri daripada ketua-ketua sektor, ketua unit kewangan dan ketua unit pembangunan. Antara perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah :

    1. Permohonan kelulusan pembelian peralatan ICT jabatan dan sekolah
    2. Laporan Pelupusan
    3. Taklimat Cromebook
    4. Maklumbalas dan isu juruteknik komputer sekolah
    5. Sistem/inovasi terbaru ict

    Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

  • Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadhan Tahun 2013

    Bagi tahun ini, waktu Maghrib berubah dari seawal jam 7.16 petang dan selewat-lewatnya jam 7.43 petang di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, waktu Maghrib berubah dari seawal jam 6.24 petang dan selewat-lewatnya jam 6.53 petang.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan jam 5.00 petang bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan sepanjang bulan Ramadhan ini ( 10 Julai hingga 6 Ogos 2013 )

  • Jemputan Menyertai Bengkel "SOLAR OBSERVATION & IMAGING WORKSHOP"

    Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa (ANGKASA) Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan bengkel bertajuk Solar Observation & Imaging Workshop pada 01 Julai 2013 bertempat di Hotel Equatorial Malacca, Malaysia.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Siti Aminah Bahari atau En. Syed Muhammad Asyraf Syed Le di talian 03-89216860/6853 ( emel : iconspace@ukm.my ) atau faks 03-89216856.

    Sekian untuk makluman.

  • Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan ICT

    Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan ICT telah diadakan pada 17 Mei hingga 19 Mei 2013 yang bertempat di Pusat Ko Kurikulum Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pelajaran W.P Labuan dengan kerjasama Puskowila.

    Read More

    Peserta kursus adalah terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juruteknik Komputer sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Antara objektif kursus ini dijalankan ialah :

    1. Mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, saling membantu, dan memahami sesama rakan.
    2. Mewujudkan kumpulan pekerja yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif contohnya proaktif dalam pekerjaan, bermotivasi dan rajin. Ini akan menjadi role model kepada pekerja lain.
    3. Mewujudkan hubungan silatulrahim antara Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juruteknik Komputer.
    4. Memberi peluang kepada peserta untuk menyemak sifat diri dan memperbaikinya.

     

  • Pelawaan Menulis Artikel Bagi Penerbitan Jurnal BTP 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun 2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan menerbitkan sebuah jurnal berdasarkan hasil kerja penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Sehubungan itu, BTP mempelawa JPN/PPD/Sekolah untuk menyumbang artikel bagi tujuan tersebut.

    Tarikh akhir penghantaran artikel pada atau sebelum 31 Mei 2013. Sebatang pertanyaan dan rujukan sila layari laman web : www.moe.gov.my.

    Sekian untuk makluman

  • Program Latihan Intan Tahun 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak INTAN mengalu-alukan permohonan dari Tuan/Puan untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak INTAN sepanjang tahun 2013. Permohonan boleh dibuat secara di atas talian melalui laman web intan http://www.online-itims.intan.my/ atauhttp://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms.html .

    Sebarang pertanyaan mengenai program latihan INTAN boleh dikemukakan kepada Pusat Pembangunan Latihan INTAN di talian 03-20847373 / 7410 / 7394 atau emel ppl@intanbk.intan.my .


    Sekian untuk makluman.

  • Persidangan & Pameran The Digital Education Show Asia (DESA) 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Persidangan dan Pameran The Digital Education Show Asia (DESA) 2013 bersama Multimedia Development Corporation (MDEC) dengan kerjasama Terrapin Pte Ltd. yang akan diadakan pada 27 – 28 Mei 2013 di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
     
    Sila layari www.terrapinn.com/digitaledu untuk mengetahui maklumat lanjut.
     
    Sekian untuk makluman.
  • Tawaran Permohonan Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Sesi 2013/2014

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014. Keutamaan pemilihan calon adalah diberikan kepada PPPS yang sedang berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah dan PPPS yang menguruskan Program Pencegahan Dadah KPM.

    Read More

    Maklumat berkaitan permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM (www.moe.gov.my). Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

    Permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT di alamat berikut:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Bahagian Tajaan Pendidikan
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya
    SELANGOR DARUL EHSAN
    (u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)
    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program ini boleh menghubungi pegawai berikut:-
    1. Encik Maswira bin Mahyiddin (03-8321 7158) maswira.mahyiddin@moe.gov.my
    2. Cik Shuhaidah binti Mohd Shorkapeli (03-8321 7156)  shuhaidah.shorkapeli@moe.gov.my        
    3. Puan Nor Hazren binti Che Hassan (03-8321 7149) hazren.hassan@moe.gov.my
  • Penyediaan Kaunter Info Pembayaran Zakat Melalui potongan Gaji

    Dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan potongan gaji bagi pembayaran zakat kepada penjawat awam yang dibayar gaji melalui Sistem Gaji Kerajaan Persekutuan. Kemudahan ini sepatutnya digunakan oleh penjawat awam yang beragama Islam dalam menyuburkan keberkatan rezeki yang diperolehi.

    Read More

    Bagi memberi maklumat berkaitan kemudahan ini, jabatan ini dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah menyediakan kaunter info Potongan Gaji Zakat Skim Thohir di ruangan pelanggan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Labuan) yang dibuka jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi setiap hari dari 13-29 Mac 2013. Semua dijemput hadir ke kaunter info tersebut.

    Sekian untuk makluman.
  • Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 akan bermula dari 1 Februari hingga 30 Mei 2013. Ujian tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja berumur 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://www.permatapintar.edu.my. Rujuk Objektif Program.

  • MAJLIS PENYERAHAN MOCK CEK CIMB FOUNDATION KEPADA JABATAN PELAJARAN WP LABUAN

    Pada 28 Jun 2012, Majlis Penyerahan Mock Cek CIMB Foundation telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pelajaran WP Labuan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Wakil Pengarah Pelajaran, Encik Omar Baki bin Matusin. Majlis ini turut sama menjemput semua Guru Besar di WP Labuan, Ketua Sektor-Ketua Sektor dan Pegawai Akademik di Jabatan Pelajaran WP Labuan.

    Register to read more...

  • Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2012

    Majlis tersebut berlangsung pada 21 Jun 2012 bertempat di Dewan SJK ( C ) Chi Wen W.P. Labuan dan telah dirasmikan oleh Pn. Mistirine binti Radin. (Pengarah Pelajaran W.P. Labuan)

    Majlis bermula dari jam 1.30 petang iaitu sesi pendaftaran diikuti dengan sesi raptai dan ketibaan Y. Bhg. Pengarah Pelajaran pada jam 2.15 petang.

    Register to read more...

  • MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) TAHUN 2011

    Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Tahun 2011 yang telah diadakan pada 17 Jun 2012 yang lalu merupakan satu Program Tahunan yang yang akan dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Akademik. Majlis yang bermula seawal 8.30 pagi ini khusus bagi memberikan pengiktirafan serta meraikan kejayaan murid-murid sekolah di wilayah ini yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM Tahun 2011.

    Majlis ini meraikan seramai 198 murid cemerlang yang terdiri daripada 74 orang murid cemerlang UPSR, 86 orang murid cemerlang PMR, 36 orang murid cemerlang SPM dan 2 orang murid cemerlang STPM. Selain itu, Majlis ini juga turut mera’ikan kejayaan sekolah-sekolah yang berjaya meningkatkan atau mengekalkan prestasi cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM 2011 serta pencapaian 100% kelulusan mengikut mata pelajaran dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM 2011.

    Majlis yang turut menjemput Ketua -Ketua Sektor, Para Pengetua, Guru Besar serta Ibu Bapa ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen W.P. Labuan, Y.B Datuk Hj Yussof bin Hj Mahal. Majlis ini juga mendapat sumbangan daripada beberapa organisasi yang budiman iaitu, Ahli Parlimen WP Labuan, Datuk Hj Yussof bin Hj Mahal, Labuan Financial Servises Authority (Labuan FSA) dan Pengerusi INFOLADA Engineering (M) Sdn. Bhd.

    Bagi menambah seri dan variasi majlis anugerah ini beberapa persembahan telah disampaikan iaitu daripada Pasukan Orkestra Angklung JPWPL, Pasukan Kulintangan dari SK Sungai Bedaun, Persembahan Koir Bahasa Tamil dari SK Bukit Kalam, Pasukan Tarian dari Alumnai SK Pekan Satu dan Persembahan Solo dari adik Salwani Sawi.

    Majlis ini diakhiri dengan penyampaian Anugerah Kilauan Mutiara kepada 4 orang murid (2 orang murid Sekolah Rendah dan 2 orang murid Sekolah Menengah) yang merupakan suatu pengiktirafan peringkat Jabatan kepada murid yang telah mencapai kriteria-kriteria unggul dalam aspek akademik, sahsiah, disiplin, kokurikulum serta memberi sumbangan kepada kecemerlangan sekolah, menjadi ‘role model’ atau murid contoh dalam kalangan rakan sebaya di sekolah dalam mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran W.P. Labuan melahirkan modal insan cemerlang dan berketrampilan.

    Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Tahun 2011 yang telah diadakan pada 17 Jun 2012 yang lalu merupakan satu Program Tahunan yang yang akan dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Akademik. Majlis yang bermula seawal 8.30 pagi ini khusus bagi memberikan pengiktirafan serta meraikan kejayaan murid-murid sekolah di wilayah ini yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM Tahun 2011.  

    Register to read more...

  • Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan Tahun 2012

    Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan Tahun 2012

    Acara kemuncak perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan Bagi Tahun 2012 telah dilangsungkan pada 16 Jun 2012 bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yussuf bin Haji Mahal (Ahli Parlimen Labuan).

    Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat W.P 2012 antaranya ialah :

    • Karnival sukan hari guru yang telah dijalankan di Kolej Vokasional Labuan
    • Program Kemasyarakatan iaitu derma darah dan lawatan ke wad kanak-kanak dan perempuan Hospital Nukleus W.P Labuan
    • Pertandingan Bahas Hari Guru kategori guru dan pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
    • Majlis Tahlil di Masjid Jamek Kg. Layang-layangan
    • Peraduan menulis cerita kanak-kanak Hari Guru
    • Kunjungan Kasih ke kediaman guru

    Register to read more...

  • Kajian Kepuasan Pelanggan Dan Kajian Keberkesanan Usaha-Usaha Promosi KPM Secara ‘Online’

    Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Dan Kajian Keberkesanan Usaha-Usaha Promosi secara online mulai 01 Jun 2012 ini. Kajian secara online ini adalah antara usaha KPM bagi mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan dan kualiti perkhidmatan KPM dengan lebih mudah dan efektif.

    Penilaian soal selidik ini boleh dibuat melalui pautan dibawah :

    • Borang Kajian Kepuasan Pelanggan

    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhYNFJocHBaQ1JHRUNyckRsNExOU3c6MQ

    • Borang Kajian Keberkesanan Usaha-Usaha Promosi

    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHYzTVBUaXZLay00TGNTSkVaVmpuNXc6MQ

    Sekian untuk makluman.

  • Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Ke-2 Tahun 2012 (2/12) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)

    Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2/2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) akan dilaksana bermula 4 Jun 2012 hingga 30 Julai 2012. Borang permohonan atas talian boleh dicapai di sini.  Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Sektor Peningkatan Keilmuan, BPG di talian 03-8884 1269/ 1270/1266/1053 atau Sektor Pengambilan Dan Pendaftaran Latihan, BPG di talian 03-8884 1232/ 1242/1236/1000.

     Sekian untuk makluman.

  • Kajian Kepuasan Pelanggan Dan Kajian Keberkesanan Usaha-Usaha Promosi KPM Secara 'Online'

    Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Dan Kajian Keberkesanan Usaha-Usaha Promosi secara 'online' mulai 1 Jun 2012 ini. Kajian secara 'online' ini adalah antara usaha KPM bagi mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan dan kualiti perkhidmatan KPM dengan lebih mudah dan efektif.

    Penilaian soal selidik ini boleh dibuat melalui pautan di bawah :

     

  • Taklimat e-uniform

    Taklimat sistem e-uniform telah diadakan pada 22 Mei 2012 (selasa) yang bertempat di makmal komputer Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Wilayah Persekutuan Labuan yang melibatkan semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah di W.P Labuan.

    Register to read more...

  • Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012 merupakan program anjuran oleh Pos Malaysia Berhad (PMB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

    Register to read more...

  • Perkongsian Ilmu : Penulisan Berita

    Pada 20 April 2012, seramai 25 peserta  yang terdiri daripada guru sekolah menengah dan rendah mengikuti Bengkel Penulisan Asas Berita anjuran BTPN Wilayah Persekutuan Labuan di Bilik Mesyuarat BTPN Labuan.

    Bengkel itu dikendalikan oleh ahli fotografi kanan UMS-KAL, Encik Azri Onn Othman yang juga editor Laman Web UMS-KAL. Majlis perkomgsian ilmu yang berlangsung selama 3 jam itu bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai teknik-teknik penulisan asas berita untuk dimuatkan ke dalam laman web sekolah dan juga akhbar tempatan.

    Register to read more...

  • Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 Tahun 2012 Di Bawah Pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran W.P. Labuan akan melaksanakan urusan penempatan bagi PPPLD Gred DGA32 KUP ke Gred DGA32 hakiki / pertukaran setara PPPLD Gred DGA32.  Urusan penempatan ini adalah bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan Penyelia di Jabatan Pelajaran W.P. Labuan Gred DGA32. Permohonan penempatan ini adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA32 Time Based Khas Untuk Penyandang dan Penolong Kanan PPPLD Gred DGA32 .

    Register to read more...

  • Majlis Pengumuman dan Sidang Akhbar Keputusan SPM Tahun 2011

    Majlis Pengumuman Dan Sidang Akhbar Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011 telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mistirine bt Radin pada 21 Mac 2012 bertempat di Sekolah Menengah Sains Labuan, WP Labuan. Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh Ketua Sektor-Ketua Sektor, pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran WP Labuan, pengetua dan wakil pengetua, wartawan dan media massa serta murid-murid yang cemerlang dalam SPM Tahun 2011.

    Seramai 1053 calon sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan ini di 9 buah pusat pendidikan di WP Labuan. Peperiksaan ini telah berlangsung pada 14 November sehingga 14 Disember 2011 yang lepas. Secara keseluruhan, prestasi WP Labuan bagi 1009 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 96.6% berbanding 95.97% tahun 2010, peningkatan sebanyak 0.63%.

    Pada Tahun 2011, 4 orang calon SPM di W.P. Labuan telah mendapat pencapaian Cemerlang Tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu 0.38% manakala pencapaian sekurang-kurangnya Cemerlang A- dalam semua mata pelajaran adalah seramai 28 orang dengan jumlah peratus 2.66 % berbanding 16 orang iaitu 1.43% tahun 2010 peningkatan 1.61%. Empat orang murid cemerlang SPM 2011 yang mendapat semua A+ ialah Carmellita Liaw Sheau Horng (10 A+ dari SMK Labuan), Hafizatul Nasuha Binti Abd Rahman (9 A+ dari SM Sains Labuan), Nafsia Binti Diri (9 A+ dari SM Sains Labuan) dan Nurezzittie Binti Mazlan (9 A+ dari SM Sains Labuan).

    Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat mendidik, membantu dan membimbing murid-murid sehingga ramai dalam kalangan mereka berjaya dengan cemerlang. Kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi ibu bapa, pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, komuniti dan juga pihak-pihak lain.

  • Hebahan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

    Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
    Format Penghantaran sms: taipkan [ no.kp ][ no.angka giliran ] sms ke 15888
  • Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Sukacita dimaklumkan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Jun 2012 melalui Sistem e-Gtukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.  Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-

      http://www.moe.gov.my atau     http://apps.emoe.gov.my/epgo

    Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time base), DG44 (KUP time base) dan DG48 (KUP time base) sahaja atau gred-gred yang setara dalam SBPA serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KP/KPPM/5(11) bertarikh 10 Mac 2010.  Permohonan pertukaran bagi gred yang lain hendaklah melalui sekolah ke Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pelajaran W.P. Labuan untuk dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Register to read more...

  • PENGEMASKINIAN DATA GURU DALAM SISTEM E-OPERASI TAHUN 2012

    Sukacita dimaklumkan bahawa surat siaran Bahagain Pengurusan Sekolah Harian no. ruj : KP(BPSH-SPSM)301/02/12/Jld.5 (45) bertarikh 09 Januari 2012 dan KP(BPSH-SPSM)301/01/11 (14) bertarikh 22 Februari 2012 meminta supaya semua maklumat guru dapat dikemaskini melalui aplikasi e-Operasi.  Tempoh pengemaskinian bermula dari  1 - 31  Mac 2012.

    Oleh demikian, semua guru dipohon supaya mendaftar dan mengemaskini maklumat guru melalui laman web berikut:

    http://www.moe.gov.my/eoperasi/

    Maklumat yang telah dikemaskini hendaklah dicetak dan diserahkan kepada pentadbir sekolah untuk pembetulan dan pengesahan. User /Password Login dan maklumat guru adalah sulit kepada orang lain.

  • Majlis Pengumuman dan Sidang Akhbar Keputusan STPM Tahun 2011

    Majlis Pengumuman Keputusan dan Sidang Akhbar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2011 telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mistirine bt Radin pada 07 Mac 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum, WP Labuan. Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh Ketua Sektor-Ketua Sektor, pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran WP Labuan, pengetua dan wakil pengetua, wartawan dan media massa serta murid-murid yang cemerlang dalam STPM Tahun 2011.

    Register to read more...

  • PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN GUNASAMA DI JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

    Sukacita dimaklumkan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai kekosongan jawatan gunasama seperti berikut:

    1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N36;
    2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F32; dan
    3. Pembantu Akauntan Gred W17

    Pegawai tetap yang sedang berkhidmat di jabatan kerajaan serta berminat untuk berkhidmat di jabatan ini secara pertukaran setara atau kenaikan pangkat adalah dialu-alukan.  Permohonan pertukaran hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam melalui aplikasi HRMIS yang telahpun berkuat kuasa mulai 1 Mac 2011 kecuali bagi jawatan Pembantu Akauntan hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara.

    Sebarang pertanyaan, boleh berhubung di Unit Perjawatan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.

    Sekian, terima kasih.

     

  • Makluman tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SPM dan SPMU tahun 2012

    Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2012. Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp. Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan
  • Makluman Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011

    Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM Result<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/ mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan
  • Kursus Kemahiran Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Untuk Pemantapan Kepimpinan Sekolah

    Kursus ini telah diadakan pada 30hb-31hb Januari 2012 dan bertempat di Bilik Bunga Raya, Tingkat 8, Kompleks Ujana Kewangan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran W.P Labuan dan peserta kursus yang terlibat adalah Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan dari sekolah sekitar W.P Labuan.

    Register to read more...

  • Majlis Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011

    Majlis Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mistirine bt Radin pada 22 Disember 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Sekolah Menengah Sains Labuan. Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh Ketua Sektor-Ketua Sektor, pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran WP Labuan, pengetua dan wakil pengetua, wartawan dan media massa serta murid-murid yang cemerlang dalam PMR tahun 2011.

    Register to read more...

  • Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

    Semua warga JPWPL diminta untuk menghubungi Pentadbir sekolah masing-masing bagi urusan pelaksanaan pemberian Opsyen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Opsyen umur persaraan wajib sebelum 20hb Disember 2011.
    Sekian untuk makluman.
  • Hebahan Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

    Maklumat boleh dilayari di pautan www.moe.gov.my/sbpa.

    Sekian, terima kasih.
  • Majlis Anugerah Gemilang 2011

    Majlis Anugerah Gemilang 2011 merupakan kesinambungan bagi tahun kelapan setelah diadakan pada kali pertama pada Januari 2004. Majlis anugerah ini dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan ( SPPK ) setelah mengambil kira cadangan para Pengetua dan Guru Besar semasa Mesyuarat Pengurusan Sekolah di Alor Setar Kedah pada bulan Jun 2003 yang mengesyorkan majlis seperti ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid, guru, dan sekolah yang mencapai tahap prestasi terbaik dalam Bidang Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Sukan.

    Register to read more...

  • Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta (e-yuran dan e-kasih) dan pemberian geran permulaan prasekolah swasta baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) 2011

    Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta (e-yuran dan e-kasih) dan pemberian geran permulaan prasekolah swasta baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) 2011 telah diadakan pada 26hb Oktober 2011 dan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jbatan Pelajaran W.P Labuan.

    Pada Majlis itu, Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan telah menyampaikan bantuan kepada seramai 48 orang penerima ibu/bapa bagi murid yang layak bantuan yuran (e-yuran dan e-kasih) dan seorang penerima geran permulaan Prasekolah Swasta Baru Bagi W.P Labuan.

    Register to read more...

  • KPLI : Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012

    Adalah dimaklumkan Semakan Keputusan Panggilan MTeST KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012 boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:
    2- Khidmat Pesanan Ringkas mySMS 15888
    Berikut adalah langkah-langkah semakan melalui mySMS:
    Taip MOE <jarak> MTEST <jarak> NOKP dan hantar ke 15888
    Contoh:  MOE MTEST 780201296390 dan hantar ke 15888
    Semakan di kedua-dua saluran boleh dibuat mulai 18 Oktober 2011 (Selasa).

    Sekian, terima kasih.
    Postmaster KPM
  • Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 Tahun 2011 di Bawah Pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

     
    2.         Dimaklumkan Jabatan Pelajaran W.P. Labuan akan melaksanakan urusan penempatan bagi PPPLD Gred DGA32 KUP ke Gred DGA32 hakiki (Bidang Umum).  Urusan penempatan ini adalah bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat hakiki Gred DGA32 sebagai, Penyelia atau Penolong Kanan sebelum 31.12.2011. Permohonan penempatan ini adalah terbuka kepada semua PPPLD Gred DGA32 KUP sahaja.
     

    Register to read more...

  • Siaran Secara Langsung Ucapan Belanjawan 2012 Melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh            :           7 Oktober 2011 (Jumaat)
    Masa              :           4.00 petang
    Tempat          :           Parlimen Malaysia

    Register to read more...

  • PERMOHONAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI JABATAN PELAJARAN W.P. LABUAN

    Dimaklumkan bahawa permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Pelajaran W.P. Labuan dan calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
     

    Register to read more...

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan  Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

    Register to read more...

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.