Fri11242017

Last updateWed, 08 Nov 2017 8am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Filter
  • Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan Malaysia Pengumuman Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir

    KENYATAAN MEDIA
    YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
    SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

    Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

    Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

    Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

    a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

    b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

    Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

    Terima kasih.

    Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
    Timbalan Perdana Menteri
    Merangkap Menteri Pendidikan
    29 Disember 2014

     

  • Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Asrama 1Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 2015

    Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015.

    Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

    Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:

    ASRAMA 1MALAYSIA

    NAMA SEKOLAH

    A1M Kuala Lumpur

    SMK Victoria, Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    SMK St John, Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur

    lelaki sahaja

    A1M Johor

    SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

    perempuan sahaja

    A1M Sabah

    Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

    lelaki & perempuan

    A1M Sarawak

    Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak

    lelaki & perempuan

     

    Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:

     

    SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

    1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
       
    2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
       
    3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
       
    4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
       
    5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
       
    6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
       
    7. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
       
    8. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
    1. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan                       
    2. Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014  (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)            
    3. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
    4. Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
    5. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
    1. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

     

    Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.

    Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.

    Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia
    http://www.moe.gov.my/v/Asrama-1Malaysia-AH

  • Operasi Bilik Gerakan Pembekalan Buku Teks

    Untuk makluman semua, Bahagian Buku Teks (BBT) telah mewujudkan Bilik Gerakan pembekalan buku teks yang beroperasi sebagai saluran menerima maklumat daripada pihak sekolah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai perkara di atas.

    Pihak sekolah dan orang awam boleh menghubungi nombor talian 03 8884 4363 untuk memberikan sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan buku teks kepada Bahagian ini secara terus. Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bermula 15 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 pada setiap hari bekerja.

     

    Sekian.

     

    Bahagian Buku Teks

    Kementerian Pendidikan Malaysia

     

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.