Tue08222017

Last updateThu, 17 Aug 2017 8am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

Filter
  • Majlis Pelancaran Program GM1M dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran

    Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

    Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

    Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

    Tarikh            : 24hb Mac 2015

    Masa              : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

    Tempat          :  Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak

     

    Muat Turun

    SENARAI 2500 BUAH SEKOLAH YANG DIPILIH UNTUK PROGRAM LATIHAN GM1M VLE FROG

  • Pengiraan Gred Purata Sekolah (GPS) Bagi Tujuan Penentuan Banding Dan Ranking Sekolah Menengah Tahun 2014 dan 2015

    Pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah penentuan banding dan ranking sekolah berdasarkan skor komposit sekolah. Skor komposit sekolah adalah gabungan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Skor Penarafan Kendiri Sekolah-Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM).

    Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dimansuhkan. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid Tingkatan 3. Implikasinya, kaedah pengiraan GPS sekolah menengah sedia ada bagi tujuan mengira skor komposit dan penentuan banding dan ranking tidak boleh diguna pakai lagi.

    Sehubungan dengan itu, kaedah baharu pengiraan skor komposit sekolah menengah bagi tahun peperiksaan 2014 dan 2015 adalah seperti di Lampiran 1. Contoh kaedah pengiraan baharu skor komposit sekolah menengah adalah seperti di Lampiran 2.

    Sila muat turun surat edaran di bawah untuk melihat Lampiran 1 dan Lampiran 2.

     

    Muat Turun

    Pengiraan Gred Purata Sekolah 

     

     

     

     

  • Makluman Pelanjutan Tarikh Aplikasi Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015

    Sukacita dimaklumkan bawah tarikh penutupan sistem permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 dilanjutkan kepada 9 Mac 2015 pukul 11.59 malam. Sekian, terima kasih.

     

     

     

  • Pencapaian SPM 2014 W.P Labuan

    Seramai 889 orang calon sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan ini di 9 buah pusat peperiksaan dan seramai 764 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 85.94% berbanding 84.1% tahun 2013,peningkatan sebanyak 1.84%. Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.88 berbanding 4.78 tahun 2013. Penurunan sebanyak 0.1.

    Pada tahun 2014, terdapat seorang calon SPM di W.P. Labuan mendapat pencapaian Cemerlang Tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki dan pencapaian sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran adalah seramai 20 orang dengan jumlah peratus 2.25% berbanding 44 orang calon 4.58% tahun 2013. Penurunan sebanyak 2.33%.

    Pada keseluruhannya pencapaian calon sekolah kerajaan dalam SPM 2014 untuk setiap mata pelajaran amat memberangsangkan. Daripada 34 mata pelajaran diambil,14 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100%. Sebanyak 25 mata pelajaran juga mengatasi pencapaian peringkat nasional,6 mata pelajaran menyamai pencapaian nasional dan hanya 3 mata pelajaran di bawah pencapaian peringkat nasional.

    Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Tentunya kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi ibu bapa,pelajar,guru-guru,pentadbir sekolah,komuniti,Jabatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela serta pihak media massa. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama yang utuh menyumbang kepada kecemerlangan ini.

     

     

     

  • Keputusan STPM 2014 W.P Labuan

    Secara keseluruhan,prestasi W.P. Labuan bagi lulus penuh sekurang-kurangnya satu matapelajaran pada tahun 2014 bagi calon sekolah kerajaan ialah 97.32% berbanding 96.64% tahun 2013 peningkatan sebanyak 0.68%.

    Pencapaian Gred Purata Negeri ialah 2.22 berbanding 2.28 tahun 2013,penurunan sebanyak 0.06. Bagi calon SMK Labuan peratus lulus penuh tahun 2014 ialah 96.72% iaitu seramai 59 orang daripada 61 calon menduduki peperiksaan manakala calon SMK Lajau pula ialah 98.04% iaitu seramai seramai 50 orang daripada 51 calon menduduki peperiksaan tersebut.

    Prestasi STPM 2014 bagi calon sekolah kerajaan di W.P. Labuan mencatatkan kelulusan penuh sebanyak 97.32% berbanding dengan pencapaian peringkat nasional sebanyak 97.99% iaitu perbezaan 0.67%.

    Dari segi prestasi mata pelajaran 7 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi, Mathematics (T), Physics, Chemistry dan Biology daripada 14 mata pelajaran yang ditawarkabn pada tahun 2014.

    Dari segi jumlah prinsipal pada tahun 2014, 50 calon mendapat 4 prinsipal iaitu 44.64%, 24 calon mendapat 3 prinsipal iaitu 21.43%,18 calon mendapat 2 prinsipal iaitu 16.07% dan 17 calon mendapat 1 prinsipal iaitu 15.18%.

    Pada tahun 2014,seramai 19 calon mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas. Pelajar terbaik STPM 2014 peringkat W.P. Labuan ialah NORASHIKIN dari SMK LABUAN dengan mendapat PNGK 3.67.

    Berikut merupakan senarai calon STPM 2013 W.P. Labuan yang mendapat PNGK 3.00 ke atas.

    1. Norashikin -SMK Labuan.(3.67)
    2. Amanina binti Timbang -SMK Lajau.(3.50)
    3. Daflonia Daniel -SMK Lajau (3.42)
    4. Maxine Lim Chiew Yi -SMK Labuan (3.42)
    5. Munirah binti Muktar -SMK Lajau (3.42)
    6. Ery Amylissa -SMK Labuan (3.33)
    7. Ummu Hanie binti Sujono -SMK Lajau(3.33)
    8. Misbah binti Muluk -SMK Labuan (3.25)
    9. Shahridah binti Shahdan -SMK Labuan (3.25)
    10. Nabilah binti Norasir -SMK Lajau (3.25)
    11. Stephanie Albert -SMK Labuan (3.17)
    12. Farhana binti Marhanh@Saini -SMK Lajau(3.17)
    13. Nur Nabila binti Mohd Salleh -SMK Lajau (3.17)
    14. Aswan bin Alias -SMK Lajau (3.09)
    15. Emafatin Farina binti Wahid -SMK Labuan (3.08)
    16. Theresa Lee Wei Ting -SMK Labuan (3.08)
    17. Abdul Sahid bin Khalid -SMK Labuan (3.00)
    18. Azira binti A.Manan -SMK Labuan (3.00)
    19. Sebastian Anak Mathew -SMK Lajau (3.00)

    Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang,ibu bapa,pengetua,dan guru-guru sekolah yang terlibat mendidik mereka.Semoga kejayaan mereka akan menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain untuk mencipta kecemerlangan yang lebih hebat dimasa akan datang.TQ

     

     

     

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.