Tue08222017

Last updateThu, 17 Aug 2017 8am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

Filter
  • Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2016

    Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2016  boleh dibuat mulai 26 Mei 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 5 September 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila hubungi 03-88721620 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my.

  • Bantuan Pengajian Guru Prasekolah Swasta

    Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0)

    Bantuan pengajian kepada guru prasekolah swasta yang sedang berkhidmat di mana-maan tadika swasta dan sedang melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Prasekolah secara sepenuh masa / separuh masa / jarak jauh dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

     

    Syarat dan Kelayakan Asas

     

    1. Warganegara Malaysia
    2. Guru prasekolah swasta yang berkhidmat di tadika swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
    3. Sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Prasekolah
    4. Telah mendapat tempat daripada mana-mana institusi pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak /Prasekolah yang diiktiraf MQA dan tersenarai dalam laman sesawang KPM.
    5. Mendapat minimum PNG/PNGK 2.5 dan disahkan oleh senat institusi pengajian untuk tahun pengajian sebelumnya.
    6. Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran di institusi.
    7. Mempunyai Permit Mengajar yang masih sah.

     

    Keutamaan

     

    1. Mempunyai pengalaman mengajar minimum 1 tahun sebagai guru prasekolah swasta,
    2. Telah mengikuti dan LULUS Kursus Sijil Latihan Guru Prasekolah Swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
    Nilai dan Jangka Masa Bantuan
    1. RM1,000.00 setahun selama tiga tahun atau mengikut baki tahun pengajian seperti tertera dalam surat tawaran.
    2. Kelayakan bantuan tidak termasuk jangka masa penangguhan pengajian.
     

     

    Cara Mengemukakan Permohonan

     

    1. Borang permohonan (Borang BPG1(Pin 2015)) boleh dimuat turun dalam laman sesawang KPM, iaitu http://www.moe.gov.my atau smpk.moe.gov.my atau diperoleh di Jabatan Palajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
    2. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan untuk tempoh satu tahun pengajian.
    3. Permohonan hendaklah dibuat setiap tahun
    4. Pemohon perlu menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan Gred 41 dan ke atas iaitu;
    a) Kad pengenalan;
    b) Permit mengajar;
    c) Surat tawaran pengajian daripada institusi;
    d) Transkrip akademik Purata Mata Gred (PNG) atau Purata Mata Gred Terkumpul (PNGK) bagi semester terkini;
    e) Buku bank/Penyata bank memaparkan nombor akaun pemohon; dan
    f) Surat Aku Janji (Borang BPG2) yang telah ditandatangani pemohon.

     

    5. Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dikemukakan MELALUI institusi pengajian masing-masing kepada;
    Bahagian Pendidikan Swasta
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
    62604 Putrajaya.

     

    6. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Arzemi bin Mahadi melalui talian 0388849515 atau e-mel norarzemi.mahadi@moe.gov.my / ar.arzemi@gmail.com atau Pn. Ainol Mardhiah bt. Mohd Khalid melalui talian 0388849521 atau e-mel ainolmardhiah51@gmail.com

     

    7.Tarikh Tutup Permohonan
    Permohonan yang telah lengkap hendaklah samapai ke Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 30 September 2015.

     

    Untuk maklumat lanjut, sila muat turun butiran-butiran di bawah.

     

    Muat Turun
    AKU JANJI
    BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN
    PANDUAN

     

     

     

     

  • Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2015

    PENGENALAN

    Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 hingga 2015 di bawah Strategi 3 iaitu ‘Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam Pelbagai Disiplin Ilmu’. ATABM merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2015 yang dijadualkan bulan Oktober 2015.

    Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, tiga orang telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu iaitu:

    i.  YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar (2012)
        Professor Kesusasteraan dan Ombudsman
        Universiti Sains Malaysia

    ii. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman (2013)
        Professor Fizik
        Universiti Kebangsaan Malaysia

    iii. YBhg. Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin (2014)
        Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
        Universiti Kebangsaan Malaysia

    SYARAT UMUM

    1. Permohonan ATABM dibuka hanya kepada warganegara Malaysia;
    2. Permohonan ATABM terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Institusi Pendidikan Guru, Institusi Aminuddin Baki, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional sepanjang tahun atau sebahagian dari tahun yang dinilai; dan
    3. Permohonan ATABM terbuka kepada semua ahli akademik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif sepanjang tempoh perkhidmatan.

    PERATURAN

    1. Permohonan hendaklah menggunakan format borang permohonan yang telah disediakan. Sebarang permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai.
    2. Maklumat lengkap dan borang permohonan ATABM boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/atabm.
    3. Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif perlu disertakan.
    4. Sekiranya pemohon adalah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor atau Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)/Presiden/Ketua Setiausaha II/ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia/Pengerusi Lembaga Pengarah organisasi.
    5. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah serta lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
    6. Ahli Jawatankuasa Induk, Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Penerima ATABM tidak boleh memohon.
    7. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.
    8. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2015 (Selasa). Semua permohonan perlu sampai sebelum 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
    9. Permohonan dalam bentuk salinan keras hendaklah dihantar ke alamat berikut:

                Setiausaha Bahagian
                Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
                Kementerian Pendidikan Malaysia
                Aras 13, No. 2, Menara 2
                Jalan P5/6, Presint 5
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                62200 PUTRAJAYA
                (u.p. Urus Setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu)

    1. Keputusan penganugerahan adalah muktamad.

    KRITERIA PENILAIAN

    1. Menjalankan penyelidikan ilmiah yang berwibawa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana.
    2. Menghasilkan penerbitan daripada penyelidikan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu.
    1. buku atau e-buku (sebagai penulis utama);
    2. buku atau e-buku (sebagai penyunting);
    3. bab dalam buku atau e-buku (sebagai penulis utama);
    4. makalah jurnal (sebagai penulis utama);
    5. laporan teknikal; dan
    6. penerbitan-penerbitan lain (majalah, akhbar dan buletin)
    1. Penyeliaan tesis atau projek tahun akhir dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama).
    2. Pengajaran dalam disiplin ilmunya menggunakan bahasa Melayu.
    3. Khidmat perundingan dan hasilan inovasi dalam bahasa Melayu.
    4. Pengiktirafan dan sanjungan berasaskan sumbangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu.
    5. Jawatan Pentadbiran Akademik dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
    6. Khidmat ikhtisas dan khidmat masyarakat.

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang pertanyaan mengenai ATABM 2015 boleh diajukan kepada:
     
    Urus Setia ATABM
    Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 13, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6 Presint 5
    62200 PUTRAJAYA
    Tel        : 03-8870 5096 / 5083 / 5118 / 5100
    Faks     : 03-8870 6809 / 6810
    E-mel    : atbm@moe.gov.my

     

    Muat Turun
    Risalah ATABM2015
    Slaid Taklimat
    Borang Permohonan

     

     

     

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.