Fri10202017

Last updateWed, 04 Oct 2017 9am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Labuan Bermula

Lafaz ikrar daripada para atlet MSSWPL yang bertanding

29 Mac 2017 – Maitah badudun ke Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) 2017 bermula hari ini sehingga 1 April ( Sabtu petang, Majlis Penutupan ) di Kompleks Sukan Labuan.

Dalam ucapan perasmian, Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Raisin Saidin mengharapkan para atlet dapat memupuk semangat juang tinggi, semangat kesukanan, mengembangkan bakat dan minat serta kebolehan masing-masing yang akhirnya memperoleh kejayaan membanggakan.  Beliau mendoakan para atlet semoga berjaya bukan sahaja di peringkat Labuan malah boleh mencapai kejayaan sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mengharumkan nama Labuan.

 
Gambar Kenangan : Tuan Raisin bersama para atlet SMK Mutiara

Sementara itu, Pengelola bersama Encik Sahar Misron, Pengetua SMK Pantai IBWS dan Puan Mahani Hj Hussin, Guru Besar SK Pantai berharap kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kejohanan balapan dan padang dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama dan komitmen setiap AJK dari semua sekolah di Labuan.

“Kepada para ibubapa dan masyarakat sekitar Labuan, maitah badudun ke Kompleks Sukan Labuan bagi memberi sokongan dan memeriahkan lagi Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan 2017”, demikian kata-kata promosi dari Ketua Unit Sukan JPWPL Encik Ag. Mohd Zain Ag Anak.

“MAITAH BADUDUN KE MSSWPL, KOMPLEKS SUKAN LABUAN 29 MAC  – 1 APR 2017”

Acara saringan balapan 100 meter Kategori Sekolah Rendah
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.