Fri10202017

Last updateWed, 04 Oct 2017 9am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Dan Pensyarah Cemerlang Di KPM Tahun 2017

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Di Sekolah, Kolej Vokasional (KV) Dan Pensyarah Cemerlang Di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) Dan English Language Teaching Centre (ELTC) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred DG44 ke Gred Khas C bagi Guru Cemerlang dan Gred Khas B bagi Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 06 April 2017 sehingga 05 Mei 2017.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang dengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan. Ketua Jabatan hendaklah menyemak, meneliti, mengesah dan mengemukakan permohonan yang layak sahaja kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya sahaja akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Calon yang tidak menerima sebarang keputusan/pemakluman selepas tempoh 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA. Keputusan adalah muktamad.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah mulai sehari selepas tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.Iklan boleh mula dipohon mulai 06 APRIL 2017Keterangan lanjut sila rujuk dan muat turun pada lampiran Surat Siaran. 

MAKLUMAN: Keputusan bagi urusan pemangkuan GC dan PC tahun 2016 masih belum diterima oleh pihak Urusetia. Oleh itu, calon-calon GC dan PC yang telah memohon urusan pemangkuan pada tahun 2016 boleh memohon semula bagi urusan tahun 2017 sekiranya masih berminat.

Surat Siaran Urusan Pemangkuan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Dan Pensyarah Cemerlang Di KPM Tahun 2017  
   
   

 

 

 

 

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.