Sun12172017

Last updateThu, 30 Nov 2017 1pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Syabas dan Tahniah, Penerima APC 2016

13 April – Setinggi-tinggi  syabas dan tahniah diucapkan kepada 124 orang pegawai, guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016. Majlis meraikan penerima ini diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SJK(C) Chi Wen yang dirasmikan oleh YB Datuk Rozman bin Hj Isli.

Datuk Rozman dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan berharap agar semua pegawai, guru dan kakitangan terus mempertingkatkan lagi usaha, prestasi mutu kerja dalam perkhidmatan di Jabatan Pendidikan WP Labuan.

“Saya menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa Jabatan Pendidikan akan terus bersama-sama berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang dan berintegriti serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam menjayakan agenda transformasi perkhidmatan awam dan transformasi pendidikan negara”, katanya lagi.

Sebelum itu, dalam ucapan aluan Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Raisin Saidin berkata penganugerahan yang diberikan ini seharusnya dijadikan sebagai contoh dan pembakar semangat kepada warga pendidikan yang lain, sekali gus dapat menanam budaya kerja cemerlang di setiap peringkat untuk bersama-sama menggembeleng tenaga demi melihat kejayaan pewaris generasi akan datang.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang dianjurkan setiap tahun adalah merupakan satu medium penghargaan terhadap usaha dan kegigihan anggota perkhidmatan KPM yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan dan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun baik dalam menjalankan tugas rasmi mahupun penglibatan aktif dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan. Selain daripada itu, insentif ini juga bertujuan untuk menggalakkan pegawai dan kakitangan di Jabatan Pendidikan untuk terus berusaha dan lebih gigih dalam apa jua bentuk tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Sementara itu, Encik Yusup Mohamad, Pengetua SMK Lajau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disampaikan di Putrajaya.

Majlis dikelolakan oleh Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan yang diketuai oleh Ketua Sektor Puan Caroline Boni dan Ketua Unit Naik Pangkat dan Tatatertib Puan Rainah Rauf.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.