Fri10202017

Last updateWed, 04 Oct 2017 9am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2017

Labuan,Sabtu – Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2017 telah dilaksanakan pada 20 Mei 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. Tema Sambutan Hari Guru tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa 

Majlis yang di sempurnakan oleh YB Ahli Parlimen P166 W.P. Labuan, Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli ini dihadiri oleh Pengarah Pendidikan, En. Raisin bin Saidin, tetamu jemputan, Datuk Sri Alias bin Hj.Abdul Rahman dan warga pendidik yang terdiri daripada guru di semua sekolah Wilayah Persekutuan Labuan termasuk Kolej Vokasional Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan, Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) dan tadika-tadika swasta. Selain itu majlis ini juga dihadiri oleh semua Pengetua, Guru Besar, Pegawai-Pegawai  Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, kumpulan Pesara Guru, YDP PIBG, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-Ketua Kampung dan wakil-wakil agensi swasta.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi ini turut memberi penganugerahan kepada 52 orang penerima Anugerah Anak Guru Cemerlang, 15 orang guru pada Anugerah Guru Inovatif (Johan : Nazrin bin Ismail), 3 orang guru Anugerah Ikon Guru (Ismail bin Abdullah, Suriani Alland Rice Oxley dan Samih bin Kukung), seorang penerima Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ismail bin Abdullah), seorang penerima Anugerah Prasekolah Gemilang (Samih bin Kukung), dan dua orang penerima Anugerah Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Cemerlang (Roslaniah binti Zainal dan Vincent Kubing Anak Ajah). Manakala Anugerah Tokoh Guru Peringkat WP Labuan Tahun 2017 telah dinobatkan kepada Tn. Hj. Henarin bin Hj Adinda.

Ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, beliau berkata “guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara menjadikan Negara yang kita cintai maju dan sejahtera. Guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan dan guru bertanggngjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang bergelar guru di mana jua anda berada. Biarlah ungkapan keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ terus kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru.

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.