Tue08222017

Last updateThu, 17 Aug 2017 8am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

Maitah KUPI-KUPI HAIE GU’U – Pendidikan Berkualiti memacu gelombang ke-2 PPPM 2016-2020

Encik Nazrin sedang membahaskan pendidikan abad ke 21 bersama ahli panel Encik Jaafar dan Encik Pg Abdul Kadir yang dipengerusikan oleh Encik Omar
 

23 Mei – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Prorgam “Maitah kupi-kupi Haie Gu’u” sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat WP labuan di Ruang Legar Ujana Kewangan Labuan. Seramai 134 Orang guru dari 26 buah sekolah hadir dalam program ini. Program bual bicara santai yang bermula dari pukul 2.30 petang ni juga turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan WP labuan En Raisin Bin Saidin.

Antara ahli panel ialah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Satu WP labuan, En Jaafar Bin Matusin, Pegawai SISC+, En Pg Abd Kadir Bin Pg Budin Guru Cemerlang dari SMK Labuan , En Nazrin Bin Ismail dan di pengerusikan oleh Pengetua SMK Rancha-Rancha, En Omar Baki Bin Matusin.

Sokongan penuh daripada Encik Raisin, ketua-ketua sektor, para pengetua dan guru besar serta guru-guru Labuan
 

Tema program ini ialah “Pendidikan Berkualiti memacu Gelombang ke-2 PPPM 2016 2020. Antara perkara yang dibincangkan ialah Pendidikan Abad ke-21 (PAK21), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran berfikir aras Tinggi (KBAT).

Sebanyak 10 gerai yang mempamerkan pelbagai inovasi daripada guru-guru di WP Labuan. Antara inovasi yang menarik perhatian para pengunjung ialah Inovasi daripada bahan-bahan terbuang oleh Cikgu Hasnan dari SK Pekan Satu dan Inovasi 1 Spy 5 Stars oleh Cikgu Hyginus Lester dari SMK Mutiara WP Labuan.

Program yang diilhamkan oleh Pengarah Pendidikan WP labuan ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian duo oleh En Irham dan En Marzuki dari Jabatan Pendidikan WP Labuan serta persembahan tiupan seruling dan sajak oleh En Sanin,  tenaga pengajar dari Labuan International School WP Labuan.

Pameran inovasi oleh guru-guru Labuan
 

Semua peserta yang hadir meluahkan rasa gembira dan teruja kerana Sambutan Hari guru pada tahun ini menampakkan kelainan daripada sambutan pada tahun-tahun sebelumnya. Program berakhir pukul 4.30 petang dengan acara kuiz kepada semua peserta secara maya menggunakan program “Kahoot” yang dikendalikan oleh cik Suriani dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Sekalung tahniah dan syabas kepada urusetia Sektor Pengurusan Akademik, JPWPL
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.