Sat06242017

Last updateFri, 16 Jun 2017 10am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.ramadhan2017gk-is-206.jpglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat

Labuan – Majlis penyerahan surat kenaikan pangkat telah berlangsung pada 15 Jun 2017 (khamis) dan bertempat di Bilik Benua, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri W.P Labuan.

Seramai 59 penerima Surat Kenaikan dari Gred DG34 hingga Gred DG52 peringkat Jabatan Pendidikan yang diraikan pada majlis tersebut.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan Encik Raisin bin Saidin, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga pendidikan yang sentiasa bersungguh-sungguh tanpa mengira sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan maupun Pegawai Kumpulan Pelaksana, sama-sama menjadi pemangkin kejayaan pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dikenali umum sebagai Guru, adalah insan yang paling dekat dengan murid. Insan yang sebenarnya penyumbang utama dalam mendidik dan membangunkan manusia sebagai modal insan yang berjaya dari pelbagai aspek, sama ada inteleknya, jasmaninya, rohaninya, sahsiahnya maupun emosinya.

Raisin juga berharap agar pencapaian cemerlang para penerima surat kenaikan pangkat akan terus dipacu dengan momentum dan iltizam yang lebih tinggi dan menjadi pembakar semangat kepada warga pendidikan yang lain untuk terus menggembleng sepenuh daya usaha melalui persaingan yang sihat demi menjadikan perkhidmatan awam, secara amnya, dan perkhidmatan pendidikan, khususnya, kekal sebagai perkhidmatan yang diyakini dan disegani oleh rakyat dan menepati kehendak dan ekspektasi pemegang taruh (stakeholder) kita. Perkhidmatan berkualiti dan berprestasi tinggi amatlah relevan dengan hasrat kepimpinan negara yang ingin melihat Tahun 2017 sebagai tahun penyampaian atau “delivery year

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.