Wed07262017

Last updateMon, 17 Jul 2017 9am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

SMK Taman Perumahan Bedaun Johan Pertandingan KIK

 

Kumpulan Sejiwa SMK Taman Perumahan Bedaun mengungguli Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2017.Kumpulan Sejiwa diwakili Juraidah Aman, Suzaina Chee, Suridah Sabran, Suraya Abdul Rahman, Nur Ashikin Ismahun, Ahmad Fitry Ismail, Ivan Lai dan Gabriel Chin Vui Wen.

Pasukan itu membentangkan tajuk ‘Kesukaran mengumpal data disiplin bagi rujukan pentadbir dan unit disiplin untuk membuat tindakan’.
Dengan kejayaan itu, kumpulan itu membawa pulang sijil kemenangan seterusnya akan mewakili Labuan ke Konvensyen KIK Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan pada Oktober nanti.

Naib johan disandang Kumpulan The Green Synergy SMK Labuan dengan tajuk pembentangan ‘Borang Sibers 1.0 (Sijil Berhenti Sekolah)’.
Manakala tempat ketiga diraih Kumpulan Rainbow SK Pantai yang membentangkan ‘Rainbow Meramorphosis’. Kumpulan 10 Star RG dari SK Pekan Satu dan SMK Pantai IBWS menerima hadiah saguhati selepas masing-masing membentangkan ‘Menangani displin Pelajar pada Waktu Rehat’ dan ‘Masalah Pengurusan Masa Mesyuarat’.

Sebanyak lima kumpulan menyertai KIK pada tahun ini. Pertandingan itu diadili tiga orang juri iaitu Penolong Penguasa Bomba Labuan Pain Muzal selaku ketua juri, Pegawai Perbadanan Labuan Edzrina Tamin dan Pegawai Pendidikan (SISC+) Suriani Alland Rice Oxley.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Labuan, Jalan Sungai Lada pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Khaziyati Osman, ketua-ketua sektor, pengetua dan guru besar.

 
En Raisin bersama para peserta KIK 2017
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.