Tue08222017

Last updateThu, 17 Aug 2017 8am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Articles

Majlis Hari Raya AidilFitri dan Jalinan Titian Kasih JPWPL disambut Meriah

24 Julai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Jalinan Titian Kasih Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2017 yang berlangsung di Dewan Sri Kedayan, SK Sungai Lada bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang berlangsung meriah dengan dikunjungi hampir 500 orang tetamu.

Pengarah Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga pendidikan serta tetamu yang hadir bagi menjayakan majlis Sambutan Hari Raya tahun ini.

Majlis bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri disamping dapat menjalinkan hubungan silatulrahim yang lebih erat di kalangan warga pendidikan.  Antara jemputan yang hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Sri Haji Mohd Alias Haji Abd Rahman dan isteri, Ketua-Ketua Jabatan Agensi Kerajaan WP Labuan, Pengetua dan Guru Besar, Ketua-Ketua Kampung dan warga pendidikan.

Tetamu jemputan yang hadir  Dato’ Sri Haji Mohd Alias Haji Abd Rahman dan isteri, bersama En Raisin dan Ketua-ketua Sektor

Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang majlis sambutan itu berlangsung yang dikelolakan oleh Ahli Kelab Kebajikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Antaranya ialah :

  1. Pertandingan membuat kad raya
  2. Pertandingan selfie raya kreatif
  3. Pertandingan wefie raya kreatif
  4. Pertandingan ucapan raya yang paling menarik
  5. Pertandingan makan biskut raya terpantas
  6. Pertandingan baju raya sedondon
  7. Pertandingan pantun dua kerat raya
  8. Pertandingan gerai yang tercantik

Gambar Kenangan Kumpulan Pengetua Guru Besar (PGB) bersama Encik Raisin

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Raya AidilFitri dan Jalinan Titian Kasih  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan sungguh meriah pada kali ini.

Ahli Kelab Kebajikan Pendidikan Labuan

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.