Sun12172017

Last updateThu, 30 Nov 2017 1pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

SM St. Anthony Juara Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Kemerdekaan Ke-60

Puan Dona (tengah) bersama kumpulan peserta yang memenangi pertandingan video pendek.

17 September  – Kolej SEGI Subang Jaya telah mengumumkan keputusan pemenang bagi  Pertandingan menghasilkan video pendek sempena Hari Kemerdekaan  kali yang ke-60. Tema pertandingan pada tahun ini ialah “Negaraku, Malaysiaku”.

Pertandingan ini telah disertai oleh 7 buah sekolah menengah   di seluruh Malaysia iaitu SMK Subang Jaya, SMK Convent Klang, SMK Batu 8 Puchong, SMK Bandar Puchong Jaya, SM St. Anthony, SMK Sungai Pelek dan SMK Sungai Manggis.

Sekolah Menengah St. Anthony  Wilayah Persekutuan  Labuan telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan ini  dan mendapat  wang tunai sebanyak RM 1,500.00.

Tempat kedua telah dimenangi oleh SMK Batu 8, Puchong Selangor dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Sungai Manggis, Banting Kuala Langat, Selangor dengan mendapat RM500.00.

Sekolah Menengah St. Anthony telah  diwakili oleh empat orang murid iaitu Davson Howel Lim, Muhammad Hafiz Shahmi Bin Muslimin, C.J. Alroy Tamun C. Mahanggil dari kelas Empat Sirius dan seorang pelajar  dari kelas Empat Orion iaitu  Lyleornie Lauryn Lawrence. Semua pelajar ini terdiri daripada  pelajar tingkatan 4.

Penganjur telah mengumumkan video yang mereka hasilkan telah  ditonton oleh 100,000 orang penonton dan 12,000 orang yang menyukai serta  berkongsi video tersebut.

 
Paparan gambar video yang dihasilkan oleh pelajar SM St Anthony

Menurut ketua kumpulan, Davson, video itu telah disiapkan oleh mereka dalam tempoh satu minggu dan mereka tidak menyangka boleh memenangi pertandingan tersebut.

Pengetua SM St. Anthony, Puan Dona Undoh sentiasa memberikan galakan, sokongan dan dorongan kepada mereka dalam menghasilkan video ini.

Harapan pengetua agar lebih banyak lagi murid-murid SM St. Anthony menyertai pertandingan seumpama ini bagi mencungkil bakat terpendam dalam kalangan murid. Beliau amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh murid-murid ini.

Pihak Jabatan mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada sekolah SM St Anthony. Kecemerlangan Pendidikan dan Kemenjadian Murid Wilayah Persekutuan Labuan bermula di sini.

Sumber Berita : Dk Suhana Pg Tassip

contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.