Mon12172018

Last updateFri, 10 Aug 2018 10pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/FPWC-Digital-Banner_JPN_Labuangk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Juara Pertandingan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) bagi Kategori Kaedah Pentaksiran / Penilaian Alternatif di K-Novasi P&P 2018.

 

Suriani Alland Rice Oxley (kanan) menerima hadiah daripada YBhg. Prof. Tan Sri Dato` Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dengan diiringi oleh Prof. Dato' Dr. Mohamed Amin Embi,Ketua Pegawai Maklumat UKM (dua dari kiri) dan Prof. Dato' Ir. Dr Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa UKM (kiri)

KUALA LUMPUR 18 Januari  – Suriani Alland Rice Oxley, School Improvement Specialist Coaches (SISC+), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah menjuarai Pertandingan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) bagi kategori Kaedah Pentaksiran / Penilaian Alternatif di K-Novasi P&P 2018. Kajian dan inovasi beliau yang bertajuk “Enhancing Teacher’s Reflection Skill In Classroom Testing To Improve Pupils’ English Language Performances Using ‘Gigi Buruk’ Ruler” telah melayakkan beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000, medal emas dan sijil.

Karnival Inovasi Pengajaran & Pembelajaran UKM atau K-Novasi P&P 4.0 dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai satu usaha menggiatkan aktiviti mentransformasi sistem pembelajaran dengan menyemarakkan budaya berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dikalangan ahli akademik.

K-Novasi P&P 4.0 telah menarik minat seramai 273 orang ahli akademik dari seluruh institusi pendidikan di seluruh Malaysia yang menyertai Pertandingan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) bagi 3 kategori iaitu e-Pembelajaran/Bahan Bantu Mengajar, Kaedah Pengajaran/ Penyeliaan Pelajar dan Kaedah Pentaksiran Penilaian Alternatif.

Karnival ini telah mula dianjurkan semenjak tahun 2014 yang bertujuan untuk mengenal pasti produk dan inovasi P&P yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan melalui Pertandingan Inovasi P&P di samping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga akademik berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel Nano Inovasi P&P.

Selain itu, pelaksanaan karnival ini juga adalah untuk berkongsi idea serta pandangan mengenai isu-isu utama berkaitan dengan P&P daripada perspektif yang berbeza terutamanya dalam kontek menyahut cabaran industri 4.0 melalui program baharu yang diperkenalkan dalam K-Novasi  ke-4 iaitu program Bicara 4.0 yang disampaikan oleh pakar dalam & luar negara.

contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.