Tue11202018

Last updateFri, 10 Aug 2018 10pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/FPWC-Digital-Banner_JPN_Labuangk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

Maitah Be’inovasi @ WP Labuan Julung kali diadakan

Cik Khaziyati menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Platinum TIC, Puan Nancy Ng Yut Kuan

Labuan –   Program Mai Tah Be’inovasi anjuran Jabatan Pendidikan WP Labuan yang berlangsung pada 27-28hb April 2018 bertempat di aras 2 Kompleks Ujana Kewangan merupakan program julung kali diadakan dan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar Pulau Labuan.

Peserta dari Sabah, Sarawak, Perak, Melaka, Pahang,Perlis, Johor dan WP Kuala Lumpur turut berkampung dalam program ini. Kolaboratif yang berjaya diwujudkan dalam kalangan warga pendidik ini membuktikan JP WP Labuan telah menyahut seruan Kementerian Pendidikan supaya budaya berinovasi dikongsi bersama merentasi sempadan.

Program ini merupakan suatu usaha pihak Jabatan Pendidikan untuk menggabungkan kepelbagaian inovasi dan kreativiti dalam bentuk perkongsian interaktif dan pertandingan .

Inovasi guru melalui Teacher Innovation Competition (TIC) ini melibatkan guru dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah, termasuk guru-guru dari Pendidikan Khas juga terlibat sama.

Di samping itu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) juga turut dipertandingkan dalam program ini.

Objektif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru mempamerkan hasil inovasi dan idea kreatif mereka dalam mendidik anak murid di samping mempromosi hasil inovasi dan kreativiti kepada orang awam melalui pameran bahan-bahan inovasi yang dipertandingkan.

Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin bin Saidin.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua jawatankuasa program yang diurusetiakan oleh Sektor Jaminan Kualiti kerana berjaya membentuk dan membudayakan inovasi dalam kalangan guru-guru.

"Inovasi merupakan satu cara untuk membina satu perkara yang baharu atau membuat satu pembaharuan. Dalam hal ini, sebarang inovasi yang dilakukan oleh para guru dapat menyemarakkan idea kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah."

Di awal program, pengunjung disajikan dengan perkongsian ilmu mengenai kejayaan individu dalam inovasi yang dinamakan sebagai Jom KICK iaitu (Kongsi Inovasi, Cerita Kreativiti).

Pengetua, Encik Sahar bersama Pemenang KIK SMK Pantai

Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IBWS dengan tajuk inovasi e-Relief, naib johan ialah SMK Taman Perumahan Bedaun dan tempat ketiga ialah SMK Mutiara.

Manakala bagi Pertandingan Teacher Innovation Competition (TIC), Anugerah Platinum telah dimenangi oleh :

  1. Anugerah Platinum Kategori Induvidu Sekolah Rendah (Amatur) – Puan Nancy Ng Yut Kuan
  2. Anugerah Platinum Katerogi Invividu Sekolah Menengah (Amatur) – En. Mohd Azlan bin Mohd Rani (SMK Labuan)
  3. Anugerah Platinum Kategori Berkumpulan PPKI (Amatur) Izrah bin Jumdail & Shirley Liew Fui Mui daripada SK Sungai Anib III, Sandakan, Sabah

Panel Juri terdiri daripada Prof Madya Dr Noorhafiza bt Muhammad Universiti Malaysia Pahang, Encik Tany Anthony Kiob, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia dan Tuan Lt. Kol. Mohd Ghazali Abdul Rahman, Pegawai Tentera Darat Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup Maitah Be’inovasi telah disempurnakan oleh Cik Khaziyati Osman, Ketua Sektor Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.