Sat09222018

Last updateFri, 10 Aug 2018 10pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/FPWC-Digital-Banner_JPN_Labuangk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Articles

PIBG SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018

 


Labuan – PIBG SMK Labuan akan menganjurkan acara Charity Fun Run and Ride pada 22 Julai 2018 (Ahad) jam 6.30 pagi, bermula dan tamat di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di Tanjung Purun.

Acara ini diadakan sebagai salah satu inisiatif PIBG SMK Labuan untuk mengumpul dana tambahan yang diperlukan untuk membantu pihak sekolah membiayai program-program akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebahagian keperluan asas seperti meja dan kerusi kelas.

Peserta boleh memilih salah satu daripada dua acara yang disediakan iaitu :

  1. Fun Run 5km Terbuka Lelaki dan Perempuan yg melalui kawasan Labuan Golf Club, Taman Botanikal dan tamat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
  2. Fun Ride 20km Terbuka Lelaki dan Perempuan yg melalui kawasan bandar, hingga ke Kg Lajau, Kg Tanjung Aru, Kg Kerupang dan berpatah balik ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Bayaran penyertaan ialah sebanyak RM60 seorang dan setiap peserta akan mendapat cenderahati baju T serta medal penamat.

Terdapat juga hadiah wang tunai untuk 10 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta perempuan acara Fun Run yg terawal sampai di garisan penamat. Cabutan-cabutan bertuah berbentuk wang tunai, hamper dan barangan lain juga akan diadakan.


Pengetua SMK Labuan merangkap Penasihat PIBG Sekolah, Encik Ismail Abdullah serta Yang DiPertua PIBG SMKL , Tn Hj Md Yusof Hj Chuchu memohon sokongan seluruh warga Labuan termasuk para peminat aktiviti larian dan basikal, para ibu bapa, bekas-bekas pelajar SMK Labuan, warga guru dan staf serta pelajar sekolah-sekolah serta institusi pendidikan di Labuan, jabatan-jabatan kerajaan , pihak swasta dan NGO serta belia-belia Labuan untuk menyertai acara yg julung kali diadakan ini.

Jumlah peserta yg sudah mendaftar setakat ini ialah seramai 465 peserta iaitu 272 peserta Fun Run dan 193 peserta Fun Ride dari WP Labuan, Sabah dan Brunei Darussalam.

Ini termasuk penyertaan 35 org ahli Brunei Folding Bike Club (BFBC) dan 15 org ahli BEST Group dari Brunei Darussalam.

EncikIsmail berkata acara ini juga sedikit sebanyak akan membantu mempromosikan aktiviti kesihatan dan kecergasan, serta aktiviti pelancongan dan ekonomi Labuan melalui kehadiran peserta-peserta dari luar Labuan.

Beliau juga berharap Alumni SMK Labuan dapat memainkan peranan mengumpulkan penyertaan daripada ahli-ahli atau rakan-rakan sekelas mereka dahulu, di samping boleh mengadakan majlis reunion masing-masing sempena acara ini.

PIBG SMK Labuan mengucapkan terima kasih kpd syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan yang menyumbang kewangan dan material untuk menjayakan acara ini.

Keterangan lanjut berkaitan acara ini boleh didapati dengan menghubungi En Jaya Hj Masir di talian 019821 7575 dan Cik Nor Shasiah Otiman di talian 014280 0190, serta di facebook Jaya Hj Masir. Atau mendaftar secara online melalui google form http://gg.gg/SMKLFRR2018.

Boleh juga hadir ke pejabat SMK Labuan pada waktu pejabat.

Tarikh tutup penyertaan dan bayaran ialah pada 20 Jun 2018 iaitu 3 minggu sebelum acara sebenar berlangsung.

contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.