Sat06242017

Last updateFri, 16 Jun 2017 10am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.ramadhan2017gk-is-206.jpglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Harian

Pengenalan Sekolah Menengah :
Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:

  •     Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  •     Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan :-

  •         SMK (Harian)
  •         SM (Bersarama Penuh)
  •         SM Seni dan Sukan
  •         SMT/V
  •         SMKA
  •         SMKAB

 

PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME SCHOOLING)


PENYATAAN DASAR
Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

TUJUAN

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
  • Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
  • Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.

PELAKSANAAN DASAR

  • Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
  • Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, "Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian", melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
  • Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

KAEDAH PELAKSANAAN

  • Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.
  • Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.
  • Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan
  • Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah
  • Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan
  • Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
  • Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
  • Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.
  • Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan
  • Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.

TARIKH KUATKUASA
Kertas "Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah" telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

BANTUAN:-

  1.     Buku Teks
  2.     KWAPM
  3.     Rancangan Makanan Tambahan
  4.     Skim Baucer Tuisyen
  5.     Lain-lain Bantuan

               - Biasiswa Kecil
               - Pakaian Seragam Sekolah


PENGURUSAN ASRAMA HARIAN


1.     Latar Belakang
 KPM telah menyediakan tempat penginapan yang kondusif dan Selamat kepada murid-murid yang kurang berkemampuan serta tinggal jauh daripada sekolah.

2.     Tujuan
Kemudahan asrama yang disediakan adalah bertujuan melahirkan insan (murid) yang cemerlang dalam aspek intelek iaitu kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari segi jasmani dan rohani seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.     Kaedah Pelaksanaan
Pengurusan asrama harian melaksanakan aktiviti murid berpandukan Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian yang berpandukan kepada Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM

Statistik

Bilangan Sekolah
Rendah Menengah Jum.
17 9 26
Bilangan Murid
Rendah Menengah Jum.
8795 6275 15 070
Bilangan Guru Terlatih
Rendah Menengah Jum.
724 582 1306
   Data Sehingga 05 Jan 2017
 

Statistik Pengunjung

1036162
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Jan 2014
659
701
7154
23263
21319
1036162

IP Anda: 54.158.31.149
Masa Anda: 2017-06-24 16:39:24

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 
 
HUBUNGI KAMI  contact contact
 
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020, Wilayah Persekutuan Labuan
 
Tel : 087-583351/357 Faks : 087-583355
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.