Thu01242019

Last updateFri, 10 Aug 2018 10pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/FPWC-Digital-Banner_JPN_Labuangk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

NKPI 2 - LINUS

Linus

Program Literacy and Numeracy Screening

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS - Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

• Program KIA2M untuk murid Tahun I yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
• Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
• Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
• PROTIM selepas UPSR.
Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).


Jawatan Kuasa Kerja Program Linus
Jawatan kuasa kerja program Linus dipengerusikan oleh Pengarah BPK
Terdiri daripada 6 agensi utama ( JK Kecil )
1. BPK  - Modul guru dan modul murid
2. BPG  - Latihan guru
3. LPM  - Instrumen saringan
4. BPSH  - Penyebaran maklumat, kutipan dan analisis data
5. JNJK  - Pemantauan dan bimbingan
6. BP Khas - Murid berkeperluan khas

Matlamat Linus
Literasi  = celik huruf
Numerasi = celik nombor

Matlamat Numerasi
Semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Definisi operasi numerasi
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Takrif M3
Mengira (M3) merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan pemeringkatan.
Dalam konteks kurikulum negara kita, proses M3 ditakrifkan sebagai:
Tambah  ; Tolak ; Darab dan Bahagi
Empat proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik.

Skop Peningkatan Numerasi
Pemeringkatan tahap kebolehan M3 murid ditetapkan berdasarkan kandungan kurikulum Matematik KBSR/KSSR.
Operasi asas aritmetik dilakukan dihadkan kepada nombor bulat sahaja.
Skop kebolehan Numerasi yang perlu dikuasai oleh murid ditetapkan kepada operasi asas aritmetik terhadap nombor bulat dalam lingkungan 20 sahaja.

Strategi Pelaksanaan di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun:
• Saringan 1 (Mac)
• Saringan 2 (Jun)
• Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

Senarai Kandungan Modul
Organisasi Kandungan:
• Hierarki dari mudah ke lebih kompleks.
• Setiap kemahiran disusun dengan lebih terperinci dan saling berkaitan dengan kemahiran lain.
• Skop dan kedalaman dikurangkan.

Tumpuan:
• Gaya pembelajaran murid.
• Menepati skop soalan dan cara penyoalan.

Gaya Pembelajaran:
• Cara murid memproses maklumat dari konkrit kepada abstrak.
• Cara murid memproses maklumat dari pasif kepada aktif.

Modul Murid:
• Pelbagai cadangan strategi penyelesaian masalah.
• Aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif.
• Melibatkan seluruhan Hasil Pembelajaran dan Unit.
• Diadakan juga lembaran kerja.

Proses
• Membuat perkaitan
• Membuat pena’akulan
• Komunikasi
• Menyelesaikan masalah
• Membuat perwakilan.

Pembelajaran Bermodul ; Kriteria pembinaan modul
• Rasional/justifikasi modul
•  Matlamat modul
•  Objektif pembelajaran modul
•  Ujian peringkat masuk
•  Aktiviti Pembelajaran
•  Penggunaan media sokongan (Pelbagai media)
•  Ujian kendiri/diagnostik
•  Pascaujian

 

Tarikh Perlaksanaan saringan LINUS Tahun 2011

Aktiviti

Saringan 1 (Kohort 2)

Saringan 4 (Kohort 1)    

Saringan 2 (Kohort 2)

Saringan 5 (Kohort 1)   

Saringan 3 (Kohort 2)

Saringan 6 (Kohort 1)     

MEMBACA 27 Feb - 31 Mac 19 Jun - 22 Julai 2 Okt - 21 Okt
BERTULIS 3 April - 8 April 24 Julai - 29 Julai 30 Okt - 4 Nov
ISIAN DATA       11 April - 22 April 1 Ogos - 12 Ogos 7 Nov - 11 Nov

 * Perubahan Jadual Saringan akan diberitahu dari masa ke masa.

 

 

 

Statistik

Bilangan Sekolah
Rendah Menengah Jum.
17 9 26
Bilangan Murid
Rendah Menengah Jum.
8795 6275 15 070
Bilangan Guru Terlatih
Rendah Menengah Jum.
724 582 1306
   Data Sehingga 15 Jan 2018
 

Statistik Pengunjung

1797613
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Jan 2014
971
1276
6295
31320
47101
1797613

IP Anda: 54.83.93.85
Masa Anda: 2019-01-24 17:41:06

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 
 
HUBUNGI KAMI  contact contact
 
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020, Wilayah Persekutuan Labuan
 
Tel : 087-583351/357 Faks : 087-583355
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.