Sun12172017

Last updateThu, 30 Nov 2017 1pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Please select your question category

Search FAQs

Sub modul rekod peribadi adalah asas yang dilaksanakan oleh modul-modul eghrmis yang lain dan EGL Surat Jaminan Elektronik yang akan dijana di Klinik/Hospital Kerajaan memerlukan maklumat berkenaan. Surat dari Sekolah/Jabatan tidak diperlukan lagi.

Kursus Induksi / Program Transformasi Minda diwajibkan kerana kursus ini merupakan salah satu syarat dalam proses pengesahan jawatan.

Mengikut tatacara pengurusan stor, permohonan stok oleh stor unit (sekolah) kepada stor utama (Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan) diwajibkan menggunakan boring Kew.PS-11.

Permohonan pelupusan daripada sekolah yang nilainya dibawah RM10,000.00 setiap satu dan dibawah RM100,000.00 jumlah keseluruhan diuluskan oleh pengarah JPWPL. Manakala yang lebih daripada RM10,000.00 setiap satu dan bagi yang lebih RM100,000.00 jumlah keseluruhan diluluskan oleh TKSU.

Tidak, perkhidmatan adalah diberikan secara percuma.

Guru ganti adalah seseorang yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri untuk menggantikan guru terlatih yang cuti bersalin

Pemohon mesti mempunyai kelayakan minimun Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Pemohon boleh mendapatkan borang guru ganti di kaunter Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan W.P Labuan atau dimuat turun laman web rasmi jabatan.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan W.P Labuan berserta salinan kad pengenalan, sijil akademik dan sijil kokurikulum.

Guru ganti akan mengajar di sesebuah sekolah sekurang-kurangnya 28 hari hingga 3 bulan bergantung kepada cuti guru pelatih yang diganti

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menhadapi cabaran abad ke-21

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard kandungan dan standard pembelajaran didefinisikan seperti berikut :

Ya. Dalam KSSR Tahap 1, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian terdapat dua mata pelajaran iaitu seni visual dan muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran sains, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan reka bentuk dan teknologi (RBT).

Semua murid yang belajar di sekolah luar bandar dan murid yang menerima bantuan rancangan makanan tambahan di sekolah bandar

Semua murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan diambil sebanyak tiga kali seminggu.

Bantuan-bantuan adalah seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Insurans Takaful dan bantuan dari pihak NGO

Rekod aktiviti kokurikulum perlu dihantar bersama-sama pertukaran murid yang berpindah sekolah.

Dimestikan dibawah Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 berkuatkuasa 21 Mei 1998

Semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar sekolah mestilah sentiasa di bawah pengawasan guru penasihat.

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid hendaklah menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan di sekolah dan setiap murid juga hendaklah melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun

Dasar 1Murid 1Sukan diwujudkan bertujuan untuk memberi akses kepada semua urid untuk mendapat faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang tidak aktif. Selain itu juga dapat membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah serta dapat memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk ke tahap yang lebih tinggi

Sistem Pepaha.net merupakan Gerbang perkongsian maklumat pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia juga merupakan Ruang perbincangan di kalangan warga pendidikan Labuan, Jabatan dan sekolah

Sistem e-hadir merupakan sistem pemantauan kehadiran guru dan murid di sekolah pada setiap hari. Sistem ini dibangunkan untuk menangani masalah gejala ponteng di sekolah dan dipantau oleh SPPK.

Sistem maklumat pengurusan pendidikan adalah satu sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidika Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengumpulkan data-data pengurusan semua institusi pendidikan di Malaysia

KIK ialah singkatan kepada Kumpulan Inovatif & Kreatif.

JPWP Labuan ada menganjurkan Pertandingan KIK peringkat negeri. Setiap sekolah telah menghantar dua orang guru untuk dilatih sebagai fasilitator KIK sekolah pada tahun 2013. Fasilitator tersebut akan membantu sekolah membentuk pasukan KIK sekolah seperti carta alir yang telah diedarkan ke sekolah. Rujuk surat arahan pelaksanaan KIK sekolah JPWPL/06/500-17 jld.2(102) bagi SM dan JPWPL/06/500-17 jld.2 (103) bertarikh 19 Mac 2013.

Labuan International Conference on Educational Research (LICER)  adalah konferens penyelidikan pendidikan yang diadakan setiap tahun.  Mesyuarat Pengurusan KPPM Bil.1/2013 telah memutuskan supaya LICER menjadi produk KPM di mana Jabatan ini merupakan urusetia program dengan dibantu oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Pendidikan (EPRD) KPM. Bagi tahun 2013, LICER akan berlangsung pada 5-7 September 2013 bertempat di Kompleks Ujana Kewangan.

Semua kepimpinan pendidikan, guru dan para ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Semua kakitangan yang berkhidmat dibawah Jabatan Pelajaran W.P. Labuan termasuk pelajar-pelajar sekolah dan keluarga terdekat.

Anda boleh datang sendiri ke pejabat atau melalui telefon untuk menentukan tarikh temujanji. Serta boleh memohon melalui surat atau emel.

Semua perbincangan bersama kaunselor anda adalah SULIT dan ia adalah DIRAHSIAKAN.

FAQs
No faqs match your search criteria
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.