Sat12162017

Last updateThu, 30 Nov 2017 1pm

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.1moccgk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.banner_image_000183gk-is-206.jpglink
«
»

Iklan Kekosongan Jawatan DG52/54 Di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

 

  1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) EM Indonesia

 

3.         Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

 

  1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

 

  1. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

 

  1. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2011, 2012 dan 2013);

 

  1. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;

 

  1. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;

 

  1. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

 

4.         Berikut adalah syarat-syarat utama mengikut jawatan:

 

  1. terdiri daripada pegawai yang berada di  Gred 52/54 atau setaraf;

 

  1. mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh pesaraan paksa;

 

  1. mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;

 

  1. penguasaan Bahasa Inggeris yang baik; dan

 

  1. penguasaan bahasa ketiga yang baik adalah satu kelebihan.

 

5.         Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

 

  1. mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;

 

  1. mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan

 

  1. berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga).

 

6.         Cara Memohon

 

  1. semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia: www.moe.gov.my; (Lihat ruangan Muat Turun di bawah)

 

  1. permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

 

  1. senarai tugas pegawai terkini;

 

  1. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;

 

  1. satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan;

 

  1. satu (1) Salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;

 

  1. satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

 

  1. satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2011, 2012 dan 2013); dan

 

  1. Lampiran A – Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang dipohon.

 

  1. borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan ke alamat berikut:
           Ketua Setiausaha II
           Kementerian Pendidikan Malaysia
           Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
           (Pengurusan Pengajian Tinggi)
           Aras 15, No.2, Menara 2
           Jalan P5/6, Presint 5
           62200 W.P. PUTRAJAYA
           (u.p: Urusan Pengambilan EM)

 

7.         Tarikh Tutup Permohonan

 

            Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 15 Disember 2014 (Isnin). Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

 

8.         Temuduga

 

            Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Pihak urusetia berhak untuk menentukan penempatan pegawai yang bersesuaian berdasarkan proses saringan dan keputusan temuduga.

 

            Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup permohonan.

 

9.         Pertanyaan

 

            Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai- pegawai berikut:

 

  1. Puan Noraffida binti Othman

03-8870 5227

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

  1. Puan Mardiana Binti Zulkifli

03-8870 5241

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

10.       Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Statistik

Bilangan Sekolah
Rendah Menengah Jum.
17 9 26
Bilangan Murid
Rendah Menengah Jum.
8795 6275 15 070
Bilangan Guru Terlatih
Rendah Menengah Jum.
724 582 1306
   Data Sehingga 05 Jun 2017
 

Statistik Pengunjung

1216535
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Jan 2014
1108
991
7472
17214
41018
1216535

IP Anda: 54.221.76.68
Masa Anda: 2017-12-16 20:41:43

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 
 
HUBUNGI KAMI  contact contact
 
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020, Wilayah Persekutuan Labuan
 
Tel : 087-583351/357 Faks : 087-583355
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.