Tue08222017

Last updateThu, 17 Aug 2017 8am

Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.iklan licer baru32gk-is-206.pnglink
http://jpwpl.moe.gov.my/v4/modules/mod_image_show_gk4/cache/gallery.Mypibgk-is-206.pnglink
«
»

Pejabat Pengarah

SENARAI TUGAS

1. Melaksanakan semua dasar dan peraturan serta program Kementerian Pelajaran Malaysia dan kerajaan secara keseluruhannya;

2. Mempastikan semua dasar dan peraturan dilaksanakan oleh pihak pengurusan jabatan sekolah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

3. Mempastikan pengurusan dan pentadbiran jabatan berada pada landasan yang betul selaras dengan SKT dan takwim yang disediakan bagi memaksimumkan usaha ke arah membantu pengurusan sekolah yang berkesan;

4. Mempastikan program PIPP dilaksanakan dengan berkesan dan mempastikan matlamatnya tercapai; 

5. Mempastikan program dan aktiviti yang boleh menaikkan nama dan maruah jabatan, sekolah dan warga pendidik supaya dihormati oleh masyarakat setempat serta dapat bersaing seiring dengan arus pendidikan perdana;

6. Merancang program dan aktiviti bagi mewujudkan kerjasama dengan semua pihak (agensi kerajaan, swasta dan komuniti) bagi tujuan promosi program pendidikan di Labuan;

7. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Pengurusan Sekolah seperti berikut:

 a. Pengurusan dan pentadbiran sekolah
  i. Pendaftar sekolah;
  ii. Pengetua dan Guru Besar (keberkesanan pengurusan sekolah);
  iii. Guru (mencukupi dari segi jumlah dan opsyen, keberkesanan pelaksanaan P&P, guru cemerlang, pertukaran, penempatan, guru ganti, KGSK, data dan kebajikan);
  iv. Murid (pertukaran, penempatan);
  v. Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan;
  vi. Pemantauan sekolah pendidikan swasta;
  vii. Pengurusan data sekolah;
  viii. Persatuan Ibu Bapa dan Guru.


8. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Pengurusan Akademik seperti berikut:

 a. Pengurusan dan pemantauan bagi mempastikan pelaksanaan program dan aktiviti kurikulum akademik dan Pendidikan Vokasional dan Teknikal selaras dengan dasar dan peraturan KPM;
 b. Mempastikan program dan aktiviti pemantapan dan pembangunan P&P dilaksanakan dengan berkesan serta mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan serta keperluan berkaitan disediakan;
 c. Mempastikan proses P&P dilaksanakan dengan berkesan serta mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan serta keperluan berkaitan disediakan;
 d. Mempastikan program dan aktiviti berkaitan dengan PPSMI dilaksanakan dengan berkesan;
 e. Mempastikan semua guru mempunyai latihan yang mencukupi dari segi pedagogi dan lain-lain kemahiran berkaitan bagi mempastikan pelaksanaan P&P dijalankan dengan berkesan;
 f. Memantau dan mempastikan pelaksanaan j-QAF dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan;
 g. Mempastikan program dan aktiviti Peperiksaan dan Penilaian Awam dikendalikan dengan berkesan dan berintegriti.

9. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan seperti berikut:

 a. Pengurusan Hal Ehwal Murid
  i. Kebajikan;
  ii. Program 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan)
  iii. Skim Bantuan (Buku, makanan tambahan, susu, biasiswa, bantuan tuisyen, perlindungan)
  iv. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling;
  v. Disiplin;
  vi. Pendidikan Pencegahan Dadah;
  vii. Sistem Maklumat Murid.

 b. Program dan Aktiviti Kokurikulum
  i. Kelab;
  ii. Persatuan;
  iii. Unit Beruniform;
  iv. Ko-Akademik;
  v. Sukan (MSSWPL dan MSSM).

 c. Majlis Permuafakatan Pembangunan Pendidikan Menangani Masalah Disiplin Pelajar.

 d. Program dan aktiviti agensi kerajaan luar, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak swasta yang berkepentingan dengan pendidikan.

10. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan jabatan serta sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan seperti berikut:

 a. Perjawatan;
 b. Perkhidmatan;
 c. Pentadbiran;
 d. Pembangunan Sumber Manusia (termasuk penilaian prestasi);
 e. Keselamatan;
 f. Kewangan;
 g. Anggaran Belanja Mengurus;
 h. Latihan (pembangunan induksi dan kopetensi staf dan guru);
 i. Keutuhan dan Tadbir Urus;
 j. Tatatertib;
 k. Pengurusan Aset Alih;
 l. Kebajikan dan keselesaan staf dan guru (penjawat dan tempat kerja);
 m. Pengautomasian pejabat.

11. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan Kaunseling, Keutuhan dan Integriti.  Melalui ini, kebajikan dan khidmat nasihat diberikan kepada staf dan guru terutama yang bermasalah di samping menimbulkan rasa yakin pelanggan kepada jabatan melalui perkhidmatan yang telus dan bersih.

12. Mempastikan program dan aktiviti memperkasakan sekolah dilaksanakan dengan berkesan melalui pembekalan, perkhidmatan serta penyelenggaraan serta latihan ICT dan Pembestarian Sekolah.

13. Merancang dan menyelaraskan latihan berterusan kepada Pengetua, Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mempastikan keberkesanan pengurusan sekolah di samping membuat pemantauan dan penilaian seperti yang terdapat dalam bidang tugas Sektor Jaminan Kualiti.

14. Merancang dan mempastikan Sistem Kualiti (MS ISO 9001:2000) yang dilaksanakan mematuhi prosedur yang ditetapkan dan sentiasa melakukan pembetulan dan penambahbaikan yang berterusan.

15. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan lain-lain yang berkepentingan dengan sistem pendidikan Negara (yang berkaitan dengan pendidikan).

 

Statistik

Bilangan Sekolah
Rendah Menengah Jum.
17 9 26
Bilangan Murid
Rendah Menengah Jum.
8795 6275 15 070
Bilangan Guru Terlatih
Rendah Menengah Jum.
724 582 1306
   Data Sehingga 05 Jun 2017
 

Statistik Pengunjung

1089020
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Jan 2014
738
654
2070
17691
29372
1089020

IP Anda: 54.145.95.149
Masa Anda: 2017-08-22 17:05:58

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 
 
HUBUNGI KAMI  contact contact
 
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020, Wilayah Persekutuan Labuan
 
Tel : 087-583351/357 Faks : 087-583355
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
contact contact contact contact contact contact

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web | Webmaster Login

Hakcipta Terpelihara 2013 © SPM ICT JPWPL

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.